150059
TodayToday110
YesterdayYesterday111
This_WeekThis_Week621
This_MonthThis_Month1889

Kajian kes sistem pengkulturan rumpai laut di Indonesia
(Case study on seaweed production system in Indonesia)
Suhana Safari*, Rozhan Abu Dardak*, Mohd Rashid Rabu* dan Rashilah Mohamad**
Kata penunjuk: rumpai laut, sistem pengkulturan, pengeluaran, potensi

Abstrak

Indonesia ialah negara utama pengeluar rumpai laut dunia dan merupakan negara pesaing Malaysia dalam industri ini. Permintaan yang tinggi di pasaran dalam dan luar negara melonjakkan jualan yang tinggi di pasaran dan menjadikan industri ini sebagai industri pilihan untuk dibangunkan. Kajian kualitatif berstruktur telah dijalankan iaitu melalui temu bual di kawasan pengkulturan di wilayah Sulawesi serta perbincangan kumpulan fokus bersama kumpulan pakar dan pegawai kerajaan yang terlibat secara langsung dalam bidang penyelidikan dan pembangunan industri rumpai laut Indonesia. Indonesia mempunyai kawasan seluas 769,452 ha merangkumi 26 wilayah untuk aktiviti penanaman rumpai laut dan telah menggunakan 45% kawasan yang diperuntukkan. Sistem pengkulturan di Indonesia tidak jauh berbeza dengan amalan yang digunakan oleh penternak rumpai laut di Malaysia. Namun, perbezaan kos pengeluaran RM0.42/kg hasil adalah lebih murah berbanding dengan kos pengeluaran di Malaysia iaitu RM0.65/kg. Justeru, bagi menambah baik sistem pengeluaran rumpai laut di Malaysia, kerajaan disarankan menjadikan Indonesia sebagai model pembelajaran yang berterusan sama ada dari aspek pengeluaran, teknikal mahupun penyelidikan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat, bernilai tinggi serta berterusan di peringkat domestik dan global.

Abstract

Indonesia is the seaweed world’s producer and is also a competitor for Malaysia. With a strong demand in domestic and international markets, seaweed industry is prevalent to be developed and identified as a preferred industry. Structured qualitative study was conducted through interview in the cultivation areas in Sulawesi and focus group discussion with expert groups and government officers who are directly involved in research and development of the seaweed industry in Indonesia. Indonesia has an extensive area of 769,452 hectares covering 26 areas for seaweed cultivation and has used 45% from the allocated area. Seaweed cultivation system in Indonesia is not much different from the practices used by seaweed farmers in Malaysia. However, the cost of production is less than Malaysia with RM0.42/kg yield compared to RM0.65/kg for Malaysia. Therefore, to improve the Malaysian seaweed production, government is urged to make Indonesia as a model for continuous learning from aspects of production, technical and research activities to meet the growing demand, as well as continuing high value domestically and globally.

X

Right Click

Not allowed