194218
TodayToday109
YesterdayYesterday172
This_WeekThis_Week542
This_MonthThis_Month5379

Persepsi dan gelagat pengguna terhadap kopi di Malaysia
(Consumers perception and behaviour towards coffee in Malaysia)

Abstrak

Industri kopi Malaysia secara relatifnya sangat kecil dan pengeluaran kopi tidak dapat menampung permintaan kopi yang terus meningkat kesan daripada peningkatan jumlah penduduk dan permintaan pengguna yang dipengaruhi oleh perubahan gaya hidup. Kajian penggunaan dan kecenderungan pengguna di Malaysia terhadap kopi telah dijalankan melibatkan 604 orang responden menggunakan kaedah soal selidik dan uji rasa kepada penggemar kopi di seluruh Malaysia untuk menguji aroma wangi, rasa yang pahit dan masam antara kopi Arabica, Robusta dan Liberica. Keputusan kajian menunjukkan majoriti pengguna mengetahui kopi Arabica (58.2%), diikuti kopi Robusta (21.3%) dan Liberica (20.5%). Antara produk kopi yang menjadi kegemaran penduduk Malaysia ialah kopi serbuk (70.7%), kopi uncang (63.9%), minuman tersedia minum (55%) dan pracampuran 3 dalam 1 (50.2%). Pasar raya merupakan saluran pemasaran yang penting bagi produk kopi, diikuti kedai runcit dan pasar tani. Faktor analisis dijalankan untuk mengetahui faktor yang mempengaruhi niat untuk membeli kopi dan didapati bahawa faktor seperti kesihatan, kebolehcapaian, rasa, jenama dan persepsi. Analisis Structure Equation Modeling (SEM) mendapati faktor yang mempengaruhi pembelian kopi ialah kebolehcapaian, kesihatan dan persepsi sebagai faktor berkadar langsung dengan niat untuk membeli kopi. Dapatan kajian ini wajar dijadikan sandaran dalam membangunkan industri yang mampan dan perkasa sejajar dengan aspirasi negara untuk menjadikan industri kopi sebagai penyumbang utama pendapatan eksport negara.

Abstract

Coffee industry in Malaysia is low in production and not able to meet the increasing demand for coffee, which is due to the increase in population and changes in lifestyle. This study on consumption and preferences among Malaysia population conducted in 2015 involved of 604 respondents by using questionnaires  and sensory evaluation of 3 types of coffees which are Arabica, Liberica and Robusta. The results showed that the majority of the users knew Arabica coffee (58.2%), followed Robusta coffee (21.3%) and Liberica (20.5%). Coffee grind was the most favourite coffee products in Malaysia with 70.7%, followed by coffee  bag sachet (63.9%), ready to drink coffee (55%) and premix 3 in 1 (50.2%). Supermarkets are the important marketing channel for these products, followed by grocery stores and farmers’ markets. Factor analysis was conducted to determine the intention to purchase coffee which include health, accessibility, taste,  brand and perception. After analysed using Structure Equation Modeling (SEM), the direct factors of intention to purchase coffee were health, accessibility and perception. The findings of this study could be use as reference, in developing a sustainable industry, which is in line with the country’s aspiration to make the coffee industry as a major contributor to the country’s export revenue.

X

Right Click

Not allowed