184253
TodayToday151
YesterdayYesterday160
This_WeekThis_Week311
This_MonthThis_Month694

Potensi pasaran nanas MARDI Sweet 16: Kajian perbandingan
(Market potential of MARDI Sweet 16 pineapple: A comparative study)

Abstrak
MARDI Sweet 16 ialah nanas yang sesuai untuk dimakan segar. Nanas ini tidak lidas, beraroma, indeks kandungan gula yang tinggi 16 – 21 °Brix dan mempunyai cita rasa yang enak serta rapuh. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti ciri-ciri nanas MARDI Sweet 16 yang digemari pengguna, menilai kecenderungan dan penerimaan pengguna terhadap ciri-ciri kuantitatif nanas. Seramai 355 responden di Lembah Klang terlibat dalam kajian ini. Responden diminta untuk memberikan skor terhadap ciri-ciri produk berpandukan skala hedonik dengan skala 1 (amat sangat tidak suka) sehingga skala 9 (amat sangat suka) terhadap ciri-ciri luaran dan dalaman nanas yang dikaji. Secara keseluruhannya, kecenderungan pengguna terhadap varieti MARDI Sweet 16 adalah tinggi (7.56), diikuti oleh varieti MD2 (7.39) dan Josapine (6.20). Responden sangat menyukai ciri-ciri kemanisan (7.70), kerangupan (7.36), berjus (7.33) dan suka dengan rasa lidas MARDI Sweet 16 (6.95). MD2 mendominasi tahap penerimaan pengguna terhadap ciri-ciri seperti aroma (7.31), warna (7.19), saiz (6.97), rupa bentuk (6.96) dan ketebalan kulit buah (6.89). Kesimpulannya, penerimaan pengguna terhadap varieti MARDI Sweet 16 adalah tinggi. Ini bermakna potensi pasaran bagi varieti ini luas dan terjamin. MARDI Sweet 16 berkualiti dan bernilai tinggi setanding dengan nanas MD2 yang berada di pasaran kini. Dapatan kajian ini juga menyediakan input penting kepada penyelidik dalam menentukan sejauh mana keupayaan jangka hayat MARDI Sweet 16 bagi menembusi pasaran antarabangsa dan sebagai penanda aras dalam membangunkan varieti baru pada masa hadapan.

Abstract
MARDI Sweet 16 pineapple was developed by MARDI and is suitable to be eaten fresh. The specialties of this variety is that it has no stinging taste, flavourful, high sugar content index (between 16 – 21 °Brix) and crunchy. This study was conducted to identify the characteristics of this pineapple and to assess the preferences and consumer acceptance of quantitative pineapple appearances, compared to Josapine and MD2. A total of 355 respondents from Klang Valley participated in this study. Respondent were asked to give a score to the characteristics of the product according to the hedonic scale, with a scale of 1 (very much not like) until the scale of 9 (very like) on the external and internal pineapple characteristics studied. Overall, the tendency toward MARDI Sweet 16 variety is high (7.56), followed by MD2 (7.39) and Josapine (6.20). Respondents like the sweetness (7.70), crunchiness (7.36), juicy (7.33) and loves the feeling of stinging taste of MARDI Sweet 16 (6.95). However, MD2 dominates the consumer acceptance of the characteristics such as flavour (7.31), colour (7.19), size (6.97), appearance (6.96) and the thickness of the skin (6.89). In conclusion, consumer preferences and acceptance of the MARDI Sweet 16 variety is high. This means the market potential for this variety is widespread and established. It is of good value and quality, on par with MD2 pineapple. These findings also provide important input to researchers to determine the degree of MARDI Sweet 16 potential, shelf-life for penetrating international markets and as a benchmark in developing new varieties in the future.

X

Right Click

Not allowed