Development of herbal selection criteria for Malaysian herbal industry
(Pembangunan kriteria pemilihan herba untuk industri herba Malaysia)
Abstracts
The purpose of this paper is to demonstrate the application of Delphi method and factor analysis (FA) in developing herbal selection criteria that is considered important to help investors or decision makers in deciding which herb types is appropriate to venture in. A total of 226 people from various field in the herbal industry were chosen as the respondents. The Delphi research identified 29 criteria that could influence the choice of herb types in making investment decision. These criteria were analysed using FA to reduce into factor constructs. Finding showed that there were six criteria that influenced decision making toward herbal selections namely incentive, research and development, marketing, community welfare, economics, rules and regulations. The total percentage of variance explained is 58.87% and with 0.904 Cronbach’s Alpha reliability test. The outcomes of this study could be considered as accuracy tool for decision makers to identify herbs which are to be addressed by the government in the development of strategies that will give high returns to the national economy.
Abstrak
Tujuan kertas kerja ini adalah untuk menunjukkan penggunaan kaedah Delphi dan analisis faktor dalam membangunkan kriteria pemilihan herba yang dianggap penting untuk membantu pelabur atau pembuat keputusan bagi memutuskan jenis herba yang sesuai untuk diusahakan. Seramai 226 orang dari pelbagai bidang dalam industri herba telah dipilih sebagai responden. Kajian Delphi telah mengenal pasti 29 kriteria yang boleh mempengaruhi pilihan jenis herba dalam membuat keputusan pelaburan. Kriteria ini kemudiannya dianalisis menggunakan faktor analisis untuk membentuk faktor konstruk. Dapatan kajian menunjukkan terdapat enam kriteria yang mempengaruhi proses membuat keputusan ke arah pemilihan herba iaitu insentif, penyelidikan dan pembangunan, pemasaran, kebajikan masyarakat, ekonomi, dan undang-undang serta peraturan. Jumlah peratusan varians faktor analisis menjelaskan 58.87% dengan 0.904 ujian kebolehpercayaan Alpha Cronbach. Hasil kajian ini boleh digunakan sebagai kaedah yang tepat dalam membuat keputusan untuk mengenal pasti herba yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan dalam strategi pembangunan yang akan memberi pulangan yang tinggi kepada ekonomi negara.