184262
TodayToday160
YesterdayYesterday160
This_WeekThis_Week320
This_MonthThis_Month703

Technology adoption among melon agropreneurs in Sabah and Sarawak: An analysis using Fuzzy Logic
(Tahap penggunaan teknologi dalam kalangan usahawan tani melon di Sabah dan Sarawak: Analisis menggunakan logik kabur)

Abstract
Melon was recognised as one of the most competitive fruits in the local and international markets, and thus, has been emphasised to be cultivated commercially. However, the production of this commodity seems to fluctuate and drop lately. There are many factors that contribute to these issues. This study aims to identify the application of technology by melon agropreneurs in Sabah and Sarawak. This study focuses on three types of melons namely watermelon, honeydew and rockmelon. The farmers are categorised as conventional and fertigation cultivation practices. This study used the method of Fuzzy Logic Model (FLM) in determining the level of technology adopted by the agriculture industry as it is the most widely used method by previous researchers. The FLM analysis showed that the technology adoption by all fertigation agropreneurs is at the low level. Meanwhile, for the conventional agropreneurs, only 3% of them reached a moderate level of technology adoption, while the rest 97% were at the low level. The results showed that the technology achievement index among fertigation agropreneurs was low at 0.293 with the technology gap (0.057). The technology achievement index for conventional agropreneurs is also low at 0.290 with the technology gap (0.104). It can be concluded that the practice of technology adoption among melon agropreneurs in Sabah and Sarawak was almost similar despite a small gap for both types of cultivation. This finding proved that there was no significant difference in terms of the technology adoption between the highest score and lowest score of technology practitioners in Sabah and Sarawak for both cultivation systems. This study provides guidance to technology generators to produce the most needed technology such as costeffective technology that improve fruit quality. In addition, technology transfer to Sabah and Sarawak melon agropreneurs should be enhanced in order to increase the technology in melon cultivation practices.

Abstrak
Melon merupakan antara buah-buahan utama yang telah diberi penekanan untuk ditanam secara komersial. Kajian ini bertujuan untuk menanda aras dan mengenal pasti tahap amalan penggunaan teknologi dalam kalangan usahawan melon secara sistem fertigasi (tembikai wangi) dan sistem konvensional (tembikai dan tembikai susu) di Sabah dan Sarawak. Kajian ini memberi tumpuan kepada tiga jenis tembikai iaitu tembikai, tembikai susu (sistem konvensional) dan tembikai wangi (sistem fertigasi). Kaedah Model Logik Kabur (Fuzzy Logic Model) dalam menentukan tahap penggunaan teknologi dalam industri pertanian adalah salah satu pendekatan yang paling banyak digunakan. Analisis FLM menunjukkan bahawa keseluruhan usahawan tani fertigasi berada pada tahap paling rendah. Sementara itu, untuk usahawan tani konvensional di Sabah dan Sarawak, hanya 3% daripadanya mencapai tahap penggunaan teknologi yang sederhana dan 97% berada di tahap paling rendah (kurang memuaskan). Hasil kajian menunjukkan bahawa pencapaian indeks teknologi dalam kalangan usahawan tani sistem fertigasi adalah pada tahap yang rendah iaitu 0.293 dengan jurang teknologi (0.057). Pencapaian indeks bagi usahawan tani sistem konvensional juga adalah pada tahap rendah iaitu 0.290 dengan jurang teknologi (0.104). Ini menunjukkan bahawa amalan penggunaan teknologi dalam kalangan usahawan melon di Sabah dan Sarawak hampir sama walaupun terdapat jurang yang kecil bagi kedua-dua jenis penanaman tersebut. Ini juga membuktikan bahawa tidak terdapat perbezaan yang ketara dari segi penggunaan teknologi di antara pengamal teknologi yang mendapat skor tertinggi dengan skor terendah di Sabah dan Sarawak untuk kedua-dua sistem penanaman. Kajian ini turut memberi panduan kepada penjana teknologi untuk menghasilkan teknologi terkini seperti teknologi meningkatkan kualiti buah yang kos efektif. Di samping itu, pemindahan teknologi kepada usahawan tani melon di Sabah dan Sarawak perlu dipergiatkan agar tahap amalan
penggunaan teknologi usahawan turut meningkat.

X

Right Click

Not allowed