194356
TodayToday33
YesterdayYesterday214
This_WeekThis_Week680
This_MonthThis_Month5517

The causal structure of paddy deduction system in the MADA granary area: A system dynamics approach
Kerangka konseptual terhadap sistem pemutuan padi di kawasan MADA: Pendekatan sistem dinamik

Abstract
Paddy deduction system is an instrument to ensure a high quality throughput goes to the mills and hence high quality rice is produced. A paddy deduction scheduled was introduced as a reference for the industry participants particularly the farmers and the millers. However in reality, the determination of the actual rate goes beyond the schedule. The rate is the function of supply and demand of paddy and rice in MADA area. On the supply side, the paddy quality is determined by a multiple factors such as farm practices, the efficiency of the harvesting machine and climatic factors. Demand of rice by the mills on the other hand is influenced by the local rice market situation which to some extent moves in tandem with the international market scenarios. The actualised rate achieved depends on the  dynamics of the negotiation between the farmers and millers. The former negotiates for lower deduction in contrast to the later. Both parties, the producers and millers are driven by their economic interest. The farmers normally negotiate for lower rate to maintain higher net price while it is the opposite in the case of the millers. At the farm level, factors that determined paddy quality include; farm practices, variety and postharvest practices. As for the millers, decision on deduction rate is the function of their profitability which in turn is determined by the supply and demand of rice and their margin. The millers margin is somewhat fixed by the difference between the Guaranteed Minimum Price (GMP) and retail price of rice. It is clear that the decision making process is complex involving two parties with opposite motives and interest with different variables affecting their decisions. In view of such complexity, this paper attempts to develop a conceptual framework on their decision making model for the determination of paddy deduction rate in the MADA granary area. A causal loop diagram (CLD) based on the system dynamics approach is developed to examine the causal factors that determine the desired deduction rate between the farmers and the millers.

Abstrak
Sistem pemutuan padi adalah satu instrumen bagi memastikan padi berkualiti tinggi. Jadual pemutuan padi telah diperkenalkan sebagai rujukan kepada para pemain industri terutamanya kepada petani dan pengilang. Walau bagaimanapun, pada realitinya, kadar sebenar pemutuan adalah melebihi seperti yang telah ditetapkan. Kadar pemutuan padi adalah fungsi kepada bekalan dan permintaan padi dan beras di kawasan MADA. Di pihak pembekal pula, kualiti padi ditentukan oleh pelbagai faktor seperti amalan ladang, kecekapan mesin penuaian dan faktor iklim. Permintaan beras oleh kilang dipengaruhi oleh keadaan pasaran beras tempatan yang sedikit sebanyak bergerak seiring dengan senario pasaran antarabangsa. Kadar sebenar pemutuan yang dicapai bergantung pada dinamik rundingan antara petani dan pengilang. Petani berunding untuk potongan lebih rendah berbanding dengan pengilang. Kedua-dua pihak, petani dan pengilang didorong oleh minat ekonomi mereka. Petani memerlukan pemutuan yang lebih rendah untuk mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi. Sebaliknya, pengilang padi mengenakan kadar potongan yang lebih tinggi untuk mengekalkan margin keuntungan mereka dengan adanya kawalan harga dan persaingan sengit untuk bekalan padi. Di peringkat ladang, faktor yang menentukan kualiti padi termasuklah amalan ladang, varieti dan amalan selepas tuai. Bagi pengilang, keputusan mengenai kadar pemutuan adalah fungsi keuntungan mereka yang seterusnya ditentukan oleh bekalan, permintaan beras dan margin mereka. Margin keuntungan bagi pengilang ditetapkan oleh perbezaan antara Harga Minimum Terjamin (GMP) dan harga runcit beras. Ini jelas menunjukkan proses membuat keputusan adalah kompleks yang melibatkan dua pihak dengan motif yang bertentangan, minat serta pemboleh ubah berbeza yang mempengaruhi keputusan mereka. Perincian di atas menunjukkan masalah yang dinamik dan rumit, melibatkan prinsip-prinsip panduan petani dan pengilang padi di dalam proses membuat keputusan. Kertas kerja ini bertujuan untuk membangunkan kerangka konseptual mengenai model pembuatan keputusan untuk menentukan kadar potongan padi di kawasan MADA. Kerangka konseptual (CLD) berdasarkan pendekatan sistem dinamik dibangunkan untuk mengkaji faktor perhubungan yang menentukan kadar pemutuan yang diingini antara petani dan pengilang padi.

X

Right Click

Not allowed