145955
TodayToday113
YesterdayYesterday107
This_WeekThis_Week220
This_MonthThis_Month515
All_DaysAll_Days145955

The economic valuation of environmental resources in Malaysia: A case study of Taman Tasik Cempaka in Bandar Baru Bangi
(Penilaian ekonomi terhadap sumber alam di Malaysia: Suatu kajian kes di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi)

Abstract
This paper employs the travel cost method to estimate the economic valuation of recreational park, known as Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi. A total of 150 targeted respondents of Taman Tasik Cempaka visitors were selected. The valuation for visits to the public recreational park consists of several components, namely the monetary and physical cost of travel including fuel cost, public transport fare, toll fare, recreational activities fee, food and drink and lastly travel time. The model shows that the coefficient of travel cost and quality and depth of lake water were highly significant with negative value showing inverse relationship between travel costs with the visitors’ weekly visit to Taman Tasik Cempaka. The total economic value of the public recreation park in Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi was RM5.45 million annually. Therefore, this is a clear indication that the economic value of Taman Tasik Cempaka is substantial and it is highly recommended that this park should be conserved in order to achieve sustainability and balanced development between economic, social and environment.

Abstrak
Kajian ini menggunakan kaedah kos perjalanan untuk menganggarkan nilaian ekonomi terhadap Taman Tasik Cempaka yang merupakan sebuah taman rekreasi awam yang terletak di Bandar Baru Bangi. Seramai 150 responden terdiri daripada pengunjung taman rekreasi berkenaan telah dipilih. Nilaian ekonomi terhadap Taman Tasik Cempaka merangkumi beberapa komponen kos kewangan dan fizikal. Kos kewangan meliputi kos perjalanan seperti kos petrol, tambang pengangkutan awam, tol, aktiviti rekreasi, makan dan minum. Manakala kos fizikal pula adalah masa perjalanan. Hasil daripada model yang dibangunkan menunjukkan bahawa nilai koefisien bagi kos perjalanan dan kualiti serta tahap kedalaman tasik adalah signifikan dan bernilai negatif. Nilai negatif menunjukkan bahawa hubungan songsang antara kos perjalanan dengan jumlah pengunjung di Taman Tasik Cempaka. Jumlah keseluruhan nilaian ekonomi bagi Taman Tasik Cempaka adalah sebanyak RM27.75 juta setahun. Oleh itu, jelas menunjukkan kajian ini dijalankan adalah bertepatan dalam menganggarkan nilaian ekonomi yang besar dimiliki oleh Taman Tasik Cempaka. Oleh itu, disyorkan bahawa taman rekreasi awam ini seharusnya dikekalkan bagi mencapai kelestarian alam sekitar dan seterusnya mengharmonikan pembangunan yang seimbang antara ekonomi, sosial dan alam sekitar.

X

Right Click

Not allowed