A study of consumer behaviour towards mushroom-based products in Malaysia
(Kajian tingkah laku pengguna terhadap produk berasaskan cendawan di Malaysia)
Abstract
Mushroom is one of the famous foods in Malaysia. Consumers usually purchase fresh mushrooms, compared to the processed products. However, lately, consumers start to look at mushroom-based products due to many information about the health benefits of this product. However, information about the health benefits of this product has lately increased make consumers start to look at mushroom-based products. The objective of this study is to identify consumer behaviour towards mushroom-based products in Malaysia and explore the factors that have influenced consumers to purchase mushroom-based products. A survey involving 600 respondents representing major ethnic groups was carried out in peninsular Malaysia. This study showed that majority of mushroom-based consumers are people within the ages between 21 – 30. It also revealed that the factors that had a great influence to the purchase of mushroom-based products were product attributes, information on health benefits, certificate that indicates product quality and perception toward the products. Product with good taste is the most important criterion for consuming mushroom-based products. This is followed by scientific claims from authorised bodies concerning these products.
Abstrak
Cendawan merupakan salah satu sumber makanan yang popular di Malaysia. Pengguna lebih menggemari cendawan dalam bentuk segar berbanding dengan produk berasaskan cendawan yang telah diproses, Walau bagaimanapun, kebelakangan ini produk cendawan telah mendapat permintaan dalam kalangan pengguna kerana maklumat mengenai kebaikan kesihatan ini semakin meningkat menyebabkan pengguna sudah mula mencari maklumat mengenai produk berasaskan cendawan. Objektif kajian ini untuk menilai tingkah laku pengguna terhadap produk berasaskan cendawan di Malaysia dan meninjau faktor-faktor yang mempengaruhi pengguna untuk membeli. Kajian melibatkan seramai 600 pengguna meliputi pelbagai etnik di seluruh semenanjung Malaysia. Kajian mendapati majoriti pengguna berumur di antara 21 – 30 tahun. Hasil kajian turut mendedahkan bahawa, faktor seperti produk atribut (elemen), maklumat kebaikan kesihatan, pensijilan kualiti produk dan persepsi terhadap produk merupakan faktor-faktor utama yang mempengaruhi pengguna untuk membeli produk berasaskan cendawan. Produk yang mempunyai rasa yang bagus merupakan ciri utama pengguna menggunakan produk berasaskan cendawan ini diikuti oleh pengesahan saintifik dari badan-badan yang diberi kuasa berkenaan produk produk ini.