Maximising the benefit of domestic and export markets scenario:
Predicting models for durian production
(Memaksimumkan manfaat senario pasaran domestik dan eksport: Model ramalan
pengeluaran durian)
Abstract
In this decade, the Malaysian durian industry is focusing towards meeting the domestic and export market demands. In order to continually supply for both of the markets, management of production and marketing need to be strengthened to avoid shortage or surplus of durian fruits. This research is designated to forecast durian production one year in advance (2018) in Peninsular Malaysia using production data from the year 1992 to 2017 and also to quantify the sales volume in both markets to achieve the maximum profit. Forecasting performance of two classical time series methods which are Moving Average (MA) and Single Exponential Smoothing (SES) were compared based on Mean Absolute Percentage Error (MAPE). Model with the least value of MAPE is considered the most accurate prediction. The results revealed that SES with alpha 0.9 is the most appropriate model to forecast durian production in Peninsular Malaysia in 2018. Using the forecasted value of SES, Linear Programming model was then applied to assess the value of estimated quantity in domestic and export markets to achieve the maximum profit in the following year. Results found that the maximum profit of durian production in Peninsular Malaysia is predicted to be around RM4.5b. In order to achieve this maximum profit, the total quantity of domestic and export demands must reach 14,105.93 metric tonnes (MT) and 163,625.07 MT, respectively. These findings may help in determining the appropriate volumes to export durian in order to get the best price and maximise profit
Abstrak
Dekad ini, industri durian di Malaysia memberi tumpuan kepada memenuhi permintaan dalam dan luar negara. Bagi menjamin bekalan berterusan untuk kedua-dua pasaran ini, satu sistem pengurusan pengeluaran dan pemasaran perlu diperkasa bagi mengelakkan kekurangan atau lebihan bekalan. Kajian ini dijalankan untuk meramalkan jumlah pengeluaran durian di Semenanjung Malaysia pada tahun 2018 dengan menggunakan data pada tahun 1992 hingga 2017. Di samping itu, ia bertujuan untuk menentukan kuantiti bekalan bagi pasaran tempatan dan eksport yang dapat memberikan keuntungan maksimum. Prestasi dua model ramalan yang menggunakan kaedah Moving Average (MA) dan Single Exponential Smoothing (SES) dinilai berdasarkan Mean Absolute Percentage Error (MAPE). Model yang menunjukkan nilai MAPE yang paling kecil adalah model yang paling tepat. Keputusan analisis ramalan ini menunjukkan model SES dengan nilai alpha 0.9 adalah yang paling sesuai digunakan untuk ramalan hasil durian di Semenanjung Malaysia. Seterusnya, dengan menggunakan hasil ramalan ini, model pengatucaraan linear digunakan untuk menentukan jumlah jualan bagi pasaran domestik dan eksport yang dapat memberikan keuntungan maksimum. Keputusan analisis menunjukkan keuntungan maksimum yang boleh dicapai ialah RM4.5b jika hasil durian sebanyak 14,105.93 MT (eksport) dan 163,625.07 MT (domestik) dapat dikeluarkan. Hasil kajian ini dijangka dapat membantu dalam membuat keputusan bagi menentukan kuantiti jualan eksport yang sesuai bagi mendapatkan keuntungan yang maksimum.