194693
TodayToday370
YesterdayYesterday214
This_WeekThis_Week1017
This_MonthThis_Month5854

Perception and acceptance of farmers on precision farming technology in selected granary area
(Persepsi dan penerimaan petani terhadap teknologi pertanian tepat di kawasan sawah terpilih)

 

The adoption of advanced technology in agricultural production in developing countries such as Malaysia is vital, especially for the rice industry as a nation staple food source. Apart from ensuring the adequacy of the national food supply and sovereignty, consistent production of yields and returns can improve the living standards of existing rice entrepreneurs as well as attractive for new entrepreneurs especially young people to venture into. Appropriate agricultural applications that exploit the efficient use of technology and machinery are expected to be able to produce positive results in rice production in meeting various challenges such as weather uncertainty and continuity of the country’s rice cultivation. Therefore, this study was conducted to assess the level of technological adoption in leveling and seed sowing, and technology for variable rate fertilization among rice entrepreneurs. The technologies are expected to contribute to the improvement in yield production for two major rice growing areas, MADA, KADA and PBLS to ensure food sovereignty of nations. The data have been attained through survey exercise in the selected granaries. A total of 400 respondents has been interviewed using a structured questionnaire in determining the perception and their acceptance towards precision farming technologies if available. The results show that farmers in MADA, KADA and PBLS are generally keen to adopt the precision farming technology developed by MARDI for leveling and seed sowing, and fertilisation activities. In addition, the cost comparison between the current practice and the new precision farming technology packages also been compared.

 

Abstrak
Penerapan teknologi yang lebih maju dalam pengeluaran pertanian di negara membangun seperti Malaysia adalah penting terutamanya dalam industri padi yang merupakan sumber makanan ruji. Selain daripada menjamin kecukupan bekalan dan kedaulatan makanan negara, pengeluaran padi yang konsisten dan mendatangkan pulangan lumayan mampu meningkatkan taraf hidup pengusaha padi sedia ada di samping menarik minat pengusaha baru terutamanya golongan muda untuk menceburkan diri. Aplikasi pertanian tepat yang mengeksploitasi penggunaan teknologi dan mesin yang lebih kos efisien adalah dijangka mampu membuahkan hasil yang positif dalam pengeluaran padi dalam mendepani pelbagai cabaran seperti ketidaktentuan cuaca dan kesinambungan penanaman padi negara. Oleh yang demikian, kajian ini dilaksanakan bagi mengukur tahap penerimaan teknologi perataan tanah dan penaburan benih secara kadar boleh ubah, dan teknologi pembajaan secara kadar boleh ubah di kalangan pengusaha padi. Teknologi ini dijangka dapat menyumbang kepada peningkatan hasil bagi memastikan kedaulatan makanan negara di dua kawasan penanaman padi yang utama, MADA, KADA dan PBLS. Data diperoleh melalui kaedah survei kepada petani di jelapang terpilih. Seramai 400 responden telah ditemu bual menggunakan borang soal selidik berstruktur untuk menentukan persepsi dan penerimaan mereka terhadap teknologi pertanian tepat padi. Keputusan menunjukkan petani di MADA, KADA dan PBLS secara umumnya berminat menerima penggunaan teknologi pertanian tepat yang MARDI bangunkan dalam aktiviti perataan tanah dan penaburan benih, dan pambajaan secara kadar boleh ubah. Di samping itu, perbandingan kos pada masa kini yang dinikmati oleh petani dalam aktiviti perataan dan pembajaan turut dibandingkan dengan kesanggupan membayar jika bertukar menggunakan dua pakej teknologi berkenaan turut didapati.

X

Right Click

Not allowed