194215
TodayToday106
YesterdayYesterday172
This_WeekThis_Week539
This_MonthThis_Month5376

Marketability of new product development towards minimising market failure: A case of mango fruit leather

(Kebolehpasaran pembangunan produk baharu ke arah meminimumkan ketidakupayaan pasaran: Kes gegelung mangga)


Abstract

Malaysia’s modern food industry recognises an increasing role of new food product development (NFPD). However, the new food products tend to demonstrate high probability of failure. The NFPD emphasises less on the important role of consumer’s evaluation, thereby subjecting the new food product to higher probability of failure prior to entering the market. Assessing consumer’s evaluation is therefore imperative to minimise the incidence.This study reports on consumers’ evaluation of a new food product known as mango fruit leather developed by MARDI by examining the overall product acceptance, product attributes and willingness to buy at pre-determined recommended price. A self-administered, structured questionnaire was randomly distributed to 400 consumers, who voluntarily participated in the survey, at selected hypermarkets/supermarkets located in the Central Zone. The survey recorded high percentage of consumers’ overall product acceptance (93%) with all the product attributes indicating high percentages for colour (91%), texture (90%), aroma (83%) and size (88%), respectively. Besides, 87% of consumers indicated their willingness to buy the mango fruit leather and almost 70% agreed to buy the product at the recommended price of RM4.00/25 g. The study also found a positive relationship between the consumers’ overall product acceptance and willingness to buy. Ethnicity and income group were the two socio-economic factors that significantly influenced their willingness to buy. The findings of this study are beneficial for the food industry players and provide hints for drawing effective marketing strategies in NFPD whilst addressing the failure of a new food product in a new or existing market.

Abstrak

Industri makanan moden Malaysia mengiktiraf peningkatan peranan pembangunan produk makanan baru (NFPD).Walau bagaimanapun, pembangunan produk makanan baru cenderung menunjukkan kebarangkalian kegagalan yang tinggi. NFPD kurang memberi penekanan kepada peri pentingnya penilaian pengguna, dengan itu keadaan ini menyebabkan kebarangkalian kegagalan yang tinggi sebelum memasuki pasaran. Penilaian pengguna adalah penting untuk mengurangkan insiden kegagalan produk di pasaran. Kajian ini melaporkan penilaian pengguna terhadap produk makanan baru iaitu gegelung mangga yang dibangunkan oleh MARDI dengan mengkaji penerimaan keseluruhan produk, atribut produk dan kesanggupan pengguna untuk membayar pada harga yang dicadangkan. Borang soal selidik telah diedarkan kepada 400 pengguna di pasar raya terpilih di Zon Tengah. Kajian menunjukkan peratusan yang tinggi terhadap penerimaan keseluruhan produk gegelung mangga (93%) dan juga atribut produk seperti warna (91%), tekstur (90%), aroma (83%) dan saiz (88%). Selain itu, 87% pengguna menyatakan sanggup membeli gegelung mangga dan 70% bersetuju untuk membeli pada harga yang dicadangkan iaitu RM4.00/25 g. Kajian juga mendapati terdapat perhubungan yang positif antara penerimaan keseluruhan produk gegelung mangga dengan kesanggupan pengguna untuk membeli. Etnik dan kumpulan pendapatan pengguna merupakan dua faktor pemboleh ubah sosioekonomi yang mempengaruhi kesanggupan untuk membeli. Keputusan kajian ini penting kepada pemain industri makanan untuk merangka strategi pemasaran yang berkesan bagi produk makanan baru dan mengurangkan kebarangkalian kegagalan produk di pasaran.

 

X

Right Click

Not allowed