194209
TodayToday100
YesterdayYesterday172
This_WeekThis_Week533
This_MonthThis_Month5370

A study on the acceptance of MARDI mobile apps

(Kajian penerimaan terhadap aplikasi mudah alih MARDI)

Abstract

Agricultural mobile applications are able to disseminate rapidly new knowledge and technology to farmers compared to the conventional method through research officers or agriculture extension agents. These applications are knowledge platforms that shared new knowledge by adopting mobile technology especially for farmers and agricultural entrepreneurs at anytime and anywhere. Besides assessing the role of MARDI mobile applications among users, this study also aimed to evaluate the acceptability of the applications amongst those involved in smart agricultural environment. The survey was conducted using structured questionnaires which were distributed online to users (n = 132 respondents) who were classified according to their ages and educational backgrounds. Descriptive analysis methodology was used in this study which simplified data collection by combining descriptions in tabular form, graphic representations, charts and statistical reviews of the findings were presented in mean, frequency and percentage using SPSS statistical application. This study proved that there was an urgent need for MARDI mobile applications. Finally, the findings showed that users had adequate knowledge and awareness of using mobile technology and internet in their agricultural environment.

Abstrak

Aplikasi mudah alih dalam bidang pertanian dapat menyebarkan pengetahuan dan teknologi dengan lebih pantas kepada pengguna berbanding dengan kaedah konvensional yang menggunakan pegawai penyelidik atau pegawai pengembangan. Aplikasi ini adalah platform maklumat yang merupakan satu kaedah perkongsian ilmu terkini yang mengadaptasi teknologi mudah alih untuk kemudahan pengguna terutamanya petani dan usahawan tani pada bila-bila masa dan di mana sahaja mereka berada. Di samping menilai peranan aplikasi mudah alih dalam kalangan penggunanya, kajian ini juga bertujuan untuk menilai penerimaan aplikasi mudah alih MARDI oleh pengguna yang terlibat dalam persekitaran pertanian pintar. Kajian soal selidik berstruktur telah diedar secara dalam talian kepada pengguna (n = 132 responden) yang mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan dan umur. Kaedah analisis deskriptif telah digunakan dalam kajian ini untuk meringkaskan pengumpulan data melalui gabungan deskripsi berbentuk jadual, penerangan grafik, carta dan ulasan statistik hasil penemuan disediakan dalam bentuk nilai purata (min), frekuensi, dan peratusan dengan menggunakan perisian statistik SPSS. Kajian ini membuktikan wujudnya keperluan yang mendesak terhadap aplikasi mudah alih MARDI. Selain itu, kajian ini menunjukkan pengguna mempunyai pengetahuan dan kesedaran yang memadai untuk menggunakan teknologi mudah alih dan internet dalam persekitaran pertanian mereka.

 

X

Right Click

Not allowed