194122
TodayToday13
YesterdayYesterday172
This_WeekThis_Week446
This_MonthThis_Month5283

Indigenous fruits consumption in Sabah and Sarawak
(Penggunaan buah-buahan nadir di Sabah dan Sarawak)

Abstract
Malaysia has a variety of genetic resources and ideal for the cultivation of various types of fruit species. Indigenous fruits are among the lesser-known
species although they represent 95% of total fruits species. In 2018, the total crop area of indigenous fruits in Malaysia was 5,900 ha while the total production was 41 mt. Sarawak and Sabah were the largest total producers and crop areas of the fruits contributing to 24% and 54% respectively, in Malaysia. The indigenous fruits were important sources of minerals besides being used as medicinal plants in some areas. However, less attention was given to the fruits due to lack of consumers awareness on their benefits. The main objective of this study was to identify characteristics of consumers of indigenous fruits in Sabah and Sarawak. Data was collected using questionnaires through face to face interviews involving a total of 500 respondents. The locations of study in Sabah and Sarawak included urban areas such as Kuching (n = 125) and Kota Kinabalu (n = 125) and rural areas such as Kota Samarahan (n = 125) and Tawau (n = 125). Logistic regression was applied to determine the factors that explained indigenous fruits consumption. The logistic equation did not directly predict the values of
the dependent variables. Instead it predicted the odds of the event of interest occurring. Four independent variables (gender, education level, household income
and age) were used to explain the fruits consumption. Age was positively related (B = 0.456) to indigenous fruits consumption and significant at 0.05 level. The
value of an odd ratio being more than 1 meant high impact for the consumption of the fruits which was 1.6 [Exp (B) 1.578] times greater for the consumption
with one year old increase. The figure showed that the elders were most likely to consume the fruits. However, education level was negatively related (B = 0.380) and significant at 0.1 level. The value of an odd ratio for the education level lower than 1 gave small impact to indigenous fruits consumption and showed that the factor lowered the consumption of the fruits to 31.6% [(Exp (B) 1 – 0.684)]. The data indicated that respondents with lower education consumed more indigenous fruits. Further, R&D is advisable and recommended on nutritional awareness of indigenous fruits to encourage people to consume the fruits and
contribute to a healthy society. Attention should be given to minimal processing which has been applied for premium fruits due to change in the lifestyles and small family size. Technology should be enhanced in the diversification of indigenous fruit products to increase the productivity of Small and Medium Industries (SMEs) besides boosting the income of entrepreneurs and providing job opportunities to locals.

Abstrak
Malaysia mempunyai kepelbagaian sumber genetik dan sesuai untuk penanaman pelbagai jenis spesies buah. Buah-buahan nadir adalah antara spesies yang
kurang dikenali walaupun ia mengelaskan 95% daripada jumlah spesies buah di Malaysia. Pada tahun 2018, jumlah kawasan tanaman buah-buahan nadir
di Malaysia adalah 5,900 ha sementara jumlah pengeluaran adalah 41 mt. Sarawak dan Sabah merupakan pengeluar terbesar dan mempunyai keluasan
tanaman terbesar yang masing-masing menyumbang 24% dan 54% di Malaysia. Buah- buahan nadir merupakan sumber mineral yang penting selain digunakan sebagai tanaman perubatan yang diamalkan di beberapa kawasan. Namun, perhatian kurang diberikan kepada buah-buahan ini kerana kurangnya
kesedaran pengguna mengenai manfaatnya. Objektif utama kajian ini adalah untuk menentukan ciri-ciri pemakan buah-buahan nadir di Sabah dan Sarawak.
Data dikumpulkan menggunakan soal selidik melalui survei bersemuka yang melibatkan seramai 500 orang responden. Lokasi kajian adalah di Sabah dan
Sarawak, termasuk kawasan bandar (Kuching (n = 125) dan Kota Kinabalu (n = 125) dan luar bandar (Kota Samarahan (n = 125) dan Tawau (n = 125).
Regresi logistik digunakan untuk menentukan faktor-faktor yang menjelaskan
pengambilan buah-buahan nadir. Persamaan logistik tidak meramalkan nilai pemboleh ubah bersandar secara langsung, sebaliknya meramalkan kemungkinan
berlakunya peristiwa. Empat pemboleh ubah tidak bersandar (jantina, tahap pendidikan, pendapatan dan usia isi rumah) digunakan untuk menjelaskan
penggunaan buah-buahan nadir. Model regresi logistik didapati signifikan pada 0.05 (B = 16.77) dan menunjukkan data sesuai dengan model berdasarkan
ujian Hosmer dan Lemeshow. Tahap dan umur pendidikan masing-masing signifikan pada 0.1 dan 0.05. Umur berkaitan secara positif (B = 0.456) dengan
penggunaan buah-buahan nadir dan signifikan pada 0.05. Nilai nisbah ganjil lebih dari 1 menujukkan kesan yang lebih tinggi untuk penggunaan buah-buahan
nadir dengan 1.6 [Exp (B) 1.578] kali lebih besar untuk penggunaannya dengan peningkatan setiap satu tahun. Angka itu menjelaskan bahawa mereka yang
lebih berusia lebih gemar memakan buah tersebut. Walau bagaimanapun, tahap pendidikan mempunyai kaitan negatif (B = 0.380) dan signifikan pada 0.1. Nilai
nisbah ganjil untuk tahap pendidikan lebih rendah daripada 1 memberi kesan kecil kepada penggunaan buah-buahan nadir dan menunjukkan faktor tersebut
menurunkan penggunaan buah-buahan pada kadar 31.6% [Exp (B) 1 – 0.684]. Data menunjukan responden yang berpendidikan rendah lebih banyak mengambil buah-buahan nadir. R&D lebih lanjut disarankan mengenai kesedaran pemakanan buah-buahan nadir bagi menggalakkan pengguna mengambil buah-buahan ini seterusnya menyumbang kepada masyarakat yang sihat. Perhatian harus diberikan dalam pemprosesan yang minimum kerana perubahan gaya hidup dan saiz keluarga kecil dan ia telah digunakan untuk buah-buahan premium. Teknologi dalam mempelbagaikan produk buah-buahan nadir harus ditingkatkan dalam meningkatkan produktiviti Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di samping untuk meningkatkan pendapatan pengusaha dan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

 

X

Right Click

Not allowed