150756
TodayToday155
YesterdayYesterday113
This_WeekThis_Week360
This_MonthThis_Month2586

Agricultural risk management: A case study on rockmelon farm at
Sepang, Selangor, Malaysia
(Pengurusan risiko pertanian: Kajian kes ladang rockmelon di Sepang, Selangor,
Malaysia)

Abstract
The aim of this study was to identify risks faced by farmers in agriculture projects and evaluate their risk management practices. A case study was conducted on a rock melon farm at Sepang, Selangor involving four farmers and two officers. Content analysis was used to analyse data collected from interview sessions. Risks were grouped into three criteria; risks created by farmers, internal operational risks and external operational risks. Risks by farmers were studied based on attitude, lack of knowledge/training, non-cooperation among farmers and non-adherence to SOPs. Risks by internal operation were mainly due to poor farm management, insufficient fund/capital, diverse farm activities and poor KPI. For risk from outside operation, the factors were changes in government policy. For agriculture production, risks were grouped into machine efficiency, pests and technology. For machine efficiency, the factors were immature technology and small firm size. For pest, the factors were pest attack and spread of disease. For technology, the factors were unsuitable technology for local farming, high cost and maintenance. For risk management practices, participants view risk management process as risk identification, risk evaluation, risk assessment and risk control. Risk management strategies to mitigate risks were product diversification, keeping record on farm activities, enhancing skills and knowledge in farm management, multitasking by farmers and having a comprehensive risk management guideline.

Abstrak
Matlamat kajian ini adalah untuk mengenal pasti risiko yang dihadapi oleh petani dalam projek pertanian dan menilai amalan pengurusan risiko mereka. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kes. Subjek siasatan adalah ladang rockmelon di Sepang, Selangor. Peserta terdiri daripada empat petani dan dua pegawai. Data dikumpul secara bersemuka menggunakan soalan temu bual separa berstruktur. Data dianalisis menggunakan analisis kandungan. Bagi projek pertanian, risiko dikelompokkan kepada tiga kriteria: risiko yang dicipta oleh petani; risiko daripada operasi dalaman dan risiko daripada operasi luar. Bagi risiko yang ditimbulkan oleh petani faktornya ialah sikap petani, kurang pengetahuan/latihan, tiada kerjasama di kalangan petani dan tidak mengikut SOP. Bagi risiko daripada operasi dalaman, faktor-faktornya ialah pengurusan ladang, dana/modal yang tidak mencukupi, aktiviti ladang yang pelbagai dan tidak mencapai KPI. Bagi risiko daripada operasi luar, faktor-faktornya ialah perubahan dalam dasar kerajaan. Bagi pengeluaran pertanian, risiko dikumpulkan kepada kecekapan jentera, perosak dan teknologi. Untuk kecekapan jentera, faktornya ialah teknologi yang tidak matang dan saiz syarikat yang kecil. Bagi perosak, faktornya ialah serangan perosak dan penyebaran penyakit. Bagi teknologi, faktornya ialah teknologi yang tidak sesuai untuk pertanian tempatan, kos yang tinggi dan penyelenggaraan. Bagi amalan pengurusan risiko, peserta melihat proses pengurusan risiko terdiri daripada pengenalpastian risiko, penilaian risiko, penilaian risiko dan kawalan risiko. Strategi pengurusan risiko untuk mengurangkan risiko ialah kepelbagaian pengeluaran, buku log aktiviti perladangan, kemahiran dan pengetahuan dalam pengurusan ladang, pelbagai tugasan oleh petani dan mempunyai garis panduan pengurusan risiko yang komprehensif.

X

Right Click

Not allowed