194213
TodayToday104
YesterdayYesterday172
This_WeekThis_Week537
This_MonthThis_Month5374

Management of Plant Genetic Resources for Food and Agriculture (PGRFA) in MARDI: An overview from policy and legal perspectives
(Pengurusan Sumber Genetik Tumbuhan Untuk Pertanian dan Makanan (PGRFA) di MARDI: Satu pandangan daripada perspektif dasar dan perundangan)

Abstract
Plant Genetic Resources for Food and Agriculture (PGRFA) is crucial in the development of high-quality crops. However, if the resources are mismanaged, accessible without control and not sustainably conserved, Malaysia would loose it’s precious agricultural genetic resources. The importance of food security which was highlighted in the Third National Agriculture Policy (NAP3) and National Agrofood Policy 2011 – 2020 (NAFP) aimed to increase food production, crop productivity and strengthen R&D activities. Hence, the National Agrofood Policy 2.0 (2021 – 2030) will also address food security towards future challenges in the scenario of Industrial Revolution 4.0 (IR 4.0). MARDI holds the largest agricultural genetic resources including the Annexe 1 crops of International Treaty on Plant Genetic Resources for Food and Agriculture (ITPGRFA) namely rice, sweet potato, coconut and others. Rice, sweet potato and coconut germplasms are widely used by local breeders to develop new varieties with higher yield, good quality and well adapted to climate changes. Establishment of the National Genebank (MyGeneBank) in 2014 has increased the storage capacity of seeds and capability of R&D on PGRFA utilization. At the same time, database management and crop information were centralised in a system called as Agrobiodiversity Information System (AgrobIS) which linked to the Genesys database. Biodiversity in general, was under the purview of the Ministry of Energy and Natural Resources (KeTSA) which provides guidelines, policy and regulation on the biodiversity management and conservation under the National Policy on Biological Diversity (2016 – 2025). The policy addresses the national strategies and action plans to navigate biodiversity management in the country. KeTSA is also responsible to regulate and enforce the access and benefit sharing mechanisms through the Access to Biological Resource and Benefit Sharing Act 2017 (Act 795), while, Sarawak Biodiversity Centre Ordinance 1997 and Sabah Biodiversity Enactment 2000 are regulated in the respective states of Sabah and Sarawak. Despite having proper legislation and regulation, financial and funding mechanism as well as experts/human resources is still a major challenge to the country.

Abstrak
Sumber genetik tanaman untuk makanan dan pertanian (PGRFA) adalah penting dalam pembangunan tanaman yang berkualiti tinggi. Walau bagaimanapun, Malaysia akan kehilangan sumber yang bernilai ini sekiranya ia tidak diurus dengan baik, diakses tanpa kawalan serta tiada pemuliharaan dijalankan secara mampan. Jaminan keselamatan makanan telah diberikan fokus dalam Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN-3) dan Dasar Agromakanan Negara (2011 – 2020) yang menyasarkan peningkatan pengeluaran makanan, produktiviti tanaman dan memperkasakan aktiviti R&D. Manakala dalam Dasar Agromakanan Negara 2.0 (2021 – 2030), kerajaan memberi penekanan kepada cabaran jaminan keselamatan makanan pada masa hadapan dalam senario Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0). MARDI mempunyai koleksi sumber genetik pertanian terbesar merangkumi tanaman di bawah Annexe 1 Perjanjian Antarabangsa Sumber Genetik Tanaman untuk Makanan dan Pertanian (ITPGRFA) iaitu padi, keledek, kelapa dan lain-lain. Germplasma ini telah digunakan secara meluas oleh pembiakbaik tempatan untuk membangunkan varieti tanaman baharu dengan hasil yang tinggi, kualiti yang baik dan berkeupayaan adaptasi terhadap perubahan cuaca. Penubuhan Bank Gen Kebangsaan (MyGeneBank) pada tahun 2014 telah meningkatkan kapasiti penyimpanan biji benih dan kemampuan R&D dan penggunaan PGRFA. Pengurusan pangkalan data dan maklumat tanaman telah disatukan ke dalam sistem yang dikenali sebagai Agrobiodiversity
Information System (AgrobIS) yang dihubungkan ke pangkalan data global Genesys. Biodiversiti adalah di bawah kawal selia Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) yang menyediakan panduan, polisi dan peraturan berkaitan pengurusan dan pemuliharaan biodiversiti di bawah Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (2016 – 2025). Polisi ini telah menggariskan strategi dan pelan tindakan kebangsaan untuk memacu pengurusan sumber biodiversiti negara. KeTSA juga bertanggungjawab untuk mengawal selia dan menguat kuasa akses dan mekanisme perkongsian manfaat melalui Akta Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 2017 (Akta 795), manakala Sarawak Biodiversity Centre Ordinance 1997 dan Sabah Biodiversity Enactment 2000 masing-masing dikawal selia di Sabah dan Sarawak. Selain memiliki perundangan dan peraturan yang teratur, mekanisme kewangan, dana, penglibatan pakar dan sumber manusia juga merupakan isu dan cabaran kepada negara dalam menguruskan PGRFA.

X

Right Click

Not allowed