150678
TodayToday77
YesterdayYesterday113
This_WeekThis_Week282
This_MonthThis_Month2508

Abstract
The cultivation of grain corn is deemed to be a new source of wealth in Malaysia. This is a step towards the country’s food security as Malaysia had always been dependent on imported grain corn, mainly from Argentina and Brazil. The use of grain corn is different from the consumption of sweet corn, as sweet corn is used as human food while grain corn is used as an animal feed and food products. The country is highly dependent on imported grain corn and this is quite worrying as it affects the deficit in the country’s trade balance and creates instability and risks food security. These concerns have led to local grain corn production in 2016 that continues till today. The method of growing grain corn is very similar to cultivation of sweet corn. It is the matter of willingness and acceptance of farmers to shift to a new crop, to suit the demand of the country. Hence, this study aims to identify the willingness and perceptions of sweet corn farmers on venturing into grain corn industry. A survey consisting of 155 registered sweet corn farmers was conducted throughout Malaysia by methods of structured questionnaires and in-depth face to face interviews. The findings show that farmers are not willing to convert their crops to grain corn cultivation. However, if they are given new land and additional incentives, they are eager to plant grain corn. The findings clearly show that the profit margin for sweet corn is higher than grain corn. The total production cost of grain corn is RM0.78/ kg compared to sweet corn, which is only RM0.22/cob. These considerable differences in profit and costs make it difficult for farmers to switch from sweet corn to grain corn. Optimisation needs to be done to increase yields and reduce production costs of grain corn to be competitive and profitable for farmers.

Abstrak
Penanaman jagung bijian telah menjadi salah satu sumber kekayaan baharu di Malaysia. Ini bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan makanan negara terjamin kerana negara telah mengimport jagung bijian sepenuhnya dari negara luar khususnya Argentina dan Brazil. Penggunaan jagung bijian adalah berbeza daripada penggunaan jagung manis di mana jagung manis digunakan untuk makanan manusia manakala jagung bijian digunakan sebagai makanan haiwan dan produk makanan. Kebergantungan negara kepada jagung bijian yang diimport agak membimbangkan kerana ia menjejaskan defisit dalam imbangan perdagangan negara dan mewujudkan ketidakstabilan dan risiko di dalam jaminan keselamatan makanan. Kebimbangan ini telah menyebabkan negara menghasilkan jagung bijian tempatan pada tahun 2016 dan berterusan sehingga kini. Amalan penanaman jagung bijian yang hampir sama dengan jagung manis menimbulkan tanda tanya sama ada petani jagung manis sanggup menukar tanaman mereka kepada tanaman jagung bijian. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesediaan dan persepsi petani jagung manis dalam membangunkan jagung bijian sebagai industri baharu. Tinjauan terhadap 155 petani jagung manis berdaftar telah dijalankan di seluruh Malaysia melalui soal selidik berstruktur dan temu bual mendalam secara bersemuka. Penemuan menunjukkan bahawa petani tidak bersedia untuk menukar tanaman mereka kepada penanaman jagung bijian. Namun, jika mereka diberi kawasan dan insentif, mereka bersedia untuk menanam jagung bijian. Dari segi perbezaan antara jagung bijian dan jagung manis, jelas menunjukkan margin keuntungan bagi jagung manis adalah lebih tinggi daripada jagung bijian. Jumlah kos pengeluaran jagung bijian ialah RM0.78/kg berbanding jagung manis iaitu hanya RM0.22/tongkol. Perbezaan besar dalam keuntungan dan kos ini menyukarkan petani untuk beralih daripada jagung manis kepada jagung bijian. Ini merupakan cabaran dalam memperkasakan industri jagung bijian di Malaysia kerana industri ini masih belum kukuh dan rapuh. Pelbagai langkah perlu dilakukan terutamanya dengan meningkatkan hasil dan mengurangkan kos pengeluaran supaya industri jagung bijian berdaya saing dan menguntungkan petani serta mampu menarik minat petani untuk melibatkan diri dalam industri ini. Seterusnya, pendedahan
yang mendalam mengenai jagung bijian perlu disediakan bagi memastikan petani mendapat maklumat yang diperlukan dari segi penanaman dan potensi, sekali gus dapat menarik minat mereka untuk menceburi industri ini.

X

Right Click

Not allowed