187567
TodayToday167
YesterdayYesterday213
This_WeekThis_Week1061
This_MonthThis_Month4008

Abstract
The purpose of this paper is to demonstrate the application of the Delphi technique and the Analytical Hierarchy Process (AHP) in the selection of local or imported matured coconut which is considered important to help coconut processors decide on suitability for venture. A total of 34 coconut processing entrepreneurs were selected as respondents. The Delphi research identified 30 criteria that could influence the choice of a mature coconut. Using two rounds of the Delphi technique, the 30 criterias were consolidated into nine criteria that influenced decision-making regarding mature coconut selection, namely minimal damage rate, consistent delivery, easy purchasing arrangement, fast delivery, low price, meat thickness, fatty flesh, big sized nut and high volume of coconut water. When comparing imported and local coconuts using AHP technology, entrepreneurs are more likely to choose imported coconuts with a weight score of 56.9% than local coconuts with a weight score of 43.1%. The results of this study can be used as a baseline information for industry players to understand the preference of coconut entrepreneurs over factors that choosing local and imported mature coconut. In addition, the information can also be used as a reference to formulate strategies to develop the coconut industry in Malaysia and further strengthen the implementation of the national coconut industry program.

Abstrak
Tujuan kertas kerja ini adalah untuk menunjukkan aplikasi teknik Delphi dan Proses Hierarki Analisis (AHP) dalam pemilihan kelapa tua tempatan dan import yang dianggap penting dalam membantu pemproses kelapa membuat keputusan dalam pemilihan kelapa Sebanyak 34 orang pemproses kelapa telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Kaedah Delphi telah mengenal pasti 30 kriteria yang mempengaruhi proses pemilihan kelapa tua. Dengan menggunakan dua pusingan dalam teknik Delphi, 30 kriteria tersebut disusun kepada sembilan kriteria yang mempengaruhi keputusan pemilihan kelapa tua iaitu kadar kerosakan minimum, penghantaran yang konsisten, kaedah pembelian yang mudah, penghantaran yang cepat, harga yang rendah, ketebalan isi kelapa, isi kelapa berlemak, saiz kelapa yang besar dan isipadu air kelapa yang banyak. Perbandingan kelapa import dan kelapa tempatan menggunakan kaedah AHP, keputusan menunjukkan pemproses lebih cenderung memilih kelapa import dengan skor wajaran 56.9% berbanding dengan kelapa tempatan dengan skor wajaran 43.1%. Hasil kajian ini boleh digunakan sebagai maklumat asas untuk pemain industri memahami keutamaan pembuatan keputusan oleh pemproses kelapa berdasarkan faktor pemilihan kelapa tua tempatan dan import. Selain itu, maklumat ini juga boleh dijadikan rujukan untuk merangka strategi memajukan industri kelapa di Malaysia seterusnya memantapkan lagi pelaksanaan program industri kelapa negara.

 

X

Right Click

Not allowed