194207
TodayToday98
YesterdayYesterday172
This_WeekThis_Week531
This_MonthThis_Month5368

Abstract
The tourism industry recorded a growth rate of 11.2% (RM82.6 billion) to the country’s gross domestic product (GDP) in 2017 compared to RM76.6 billion in 2016. Malaysia’s diverse agricultural resources are seen as a critical factor in accelerating growth in the agro-tourism industry. Due to that, MARDI has established several agro-tourism centres in Langkawi, Cameron Highlands and Kuala Kangsar. The most significant contributor is MARDI Langkawi Agro Technology Park (TATML). This research aims to forecast the eco-tourism demand based on the number of tourist arrival at TATML. Time series forecasting (SARIMA) was conducted on tourist arrival in TATML. The forecasting models are compared and assessed using Mean Absolute Percentage Error (MAPE), Mean Absolute Error (MAE) and Root Mean Square Error (RMSE). This study
shows a higher number of foreign visitors in July and August, whereas hike in local visitors are observed in November and December, being the school holiday season. July to August are holidays for regions like Europe and the Middle East. Time series forecasting analysis estimates the number of foreign visitors to TATML in 2019 using SARIMA (9,0,0) x (0,1,0)12 is 69,170. The findings of this study are applicable in other agro-tourism centres. In addition, promotion and management strategies must be focused on the season and peak times to facilitate travel and attract foreign visitors.

Abstrak
Industri pelancongan telah merekodkan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 11.2% (RM82.6 billion) kepada Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) pada tahun 2017 berbanding dengan RM76.6 billion pada tahun 2016. Malaysia yang kaya dengan hasil pertanian dan kepelbagaian sumber pertanian dilihat sebagai faktor utama dalam kepesatan pertumbuhan industri agropelancongan. MARDI telah membuka beberapa pusat agropelancongan seperti di Langkawi, Cameron Highlands dan Kuala Kangsar. Penyumbang terbesar ialah Taman Agroteknologi MARDI Langkawi (TATML). Analisis unjuran siri masa dijalankan bagi melihat trend dan melihat unjuran kehadiran pelancong luar negara ke TATML. Hasil kajian menunjukkan kepadatan pengunjung luar negara adalah pada bulan Julai dan Ogos, manakala pengunjung tempatan adalah pada bulan November dan Disember yang merupakan musim cuti sekolah. Bulan Julai sehingga Ogos pula adalah cuti untuk kebanyakan negara seperti Eropah dan Timur Tengah. Analisis unjuran siri masa pula menganggarkan jumlah pengunjung luar negara ke TATML pada tahun 2019 dengan menggunakan model (Seasonal Autoregressive Integrated Moving Average) SARIMA (9,0,0) x (0,1,0)12 adalah 69,170 orang dan menunjukan trend kepadatan pengunjung yang sama iaitu pada bulan Julai dan Ogos. Dapatan kajian ini dilihat dapat diaplikasikan pada pusat agropelancongan yang lain. Selain itu, strategi promosi dan pengurusan harus ditumpukan kepada musim dan waktu puncak untuk melancarkan perjalanan dan menarik lebih ramai pengunjung luar negara.

X

Right Click

Not allowed