194223
TodayToday114
YesterdayYesterday172
This_WeekThis_Week547
This_MonthThis_Month5384

Abtract
Agriculture is the heart of food production. However, the contribution of this sector to GDP is low with only 4.39% in 2020 compared to industrial and service sectors with contributions of 26.33% and 65.73% respectively in the same year. Non-skilled workers are among the factors for the low level of contribution from the agriculture sector. Various training centres have been developed to increase the number of skilled workers. National Agricultural Skills Training Program (PLKPK) is a program under TVET that focuses on skill development in agriculture. A training centre plays a crucial role in influencing trainee’s learning. It is a significant element for attracting and influencing or determining students’ comfort at an institution. This research is aimed to identify alumni’s perception towards the institution’s facilities during their study period, as well as to gather ideas for enhancing the institute in future. Data was collected through an online survey focusing on Graduates of Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) and Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) from 2015 to 2019. Exploratory factor analysis (EFA) was used to discover the underlying structure of observed variables. The study found that excellent and satisfactory infrastructure facilities at the training centre are the main factors for graduates to choose a specific training centre to further their studies. Thus training centres must act in promoting and involving programs with the local community and public to ensure that the centre continues to be known among the public. Appropriate measures can be taken to guarantee students’ comfort and safety at the institute.

Abstrak
Pertanian adalah nadi pengeluaran makanan. Walau bagaimanapun, sumbangan sektor ini kepada KDNK adalah rendah iaitu hanya 4.39% pada 2020 berbanding dengan sektor perindustrian lain dan perkhidmatan dengan sumbangan masingmasing 26.33% dan 65.73% pada tahun yang sama. Pekerja tidak mahir antara faktor kepada sumbangan yang rendah dalam sektor pertanian. Pelbagai pusat latihan telah dibangunkan untuk menambah bilangan pekerja mahir. Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK) merupakan program di bawah TVET yang memfokuskan kepada pembangunan kemahiran dalam bidang pertanian. Pusat latihan memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pembelajaran pelatih. Ia merupakan elemen penting untuk menarik dan mempengaruhi atau menentukan keselesaan pelajar di sesebuah institusi. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi graduan terhadap kemudahan institusi sepanjang tempoh pengajian mereka, serta mengumpul idea untuk mempertingkatkan institut pada masa hadapan. Data dikumpul melalui tinjauan dalam talian yang fokus kepada Graduan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dari 2015 hingga 2019. Analisis faktor (EFA) digunakan untuk menemui struktur asas pembolehubah yang diperhatikan. Kajian mendapati kemudahan infrastruktur yang sangat baik dan
memuaskan di pusat latihan menjadi faktor utama graduan memilih pusat latihan khusus untuk melanjutkan pelajaran. Oleh itu, pusat latihan perlu bertindak mempromosi dan melibatkan program bersama masyarakat setempat dan orang ramai bagi memastikan pusat tersebut terus dikenali di kalangan orang ramai. Langkah-langkah yang sewajarnya boleh diambil untuk menjamin keselesaan dan keselamatan pelajar di institut tersebut.

X

Right Click

Not allowed