194246
TodayToday137
YesterdayYesterday172
This_WeekThis_Week570
This_MonthThis_Month5407

Abstract
Watermelon (Citrullus lanatus) accounts for about 8.8% of total tropical fresh fruit production in Malaysia. Most of these plants are grown in Kelantan, Pahang, Johor and Terengganu yielding 92,762 mt in 2021 (DOA 2021). Currently, watermelon cultivation activities involving planting, fertilising, fixing mulch plastic and harvesting carried out in Malaysia are conventional, except for land preparation. Therefore, the mechanisation package of watermelon cultivation was introduced to provide more efficient farming techniques and time and labour needs in planting activities. Until now, there has been no study evaluating the economic impact of the use of mechanisation in watermelon cultivation. The study of the economic impact of the use of mechanisation is important to determine the feasibility of the use of mechanisation and conventional techniques on yield and production costs. Partial budgeting analysis is used in analysing the ability to implement a business by expected returns as a result of changes in terms of technology adaptation or direct management. Watermelon production using conventional and mechanised packages was found to be viable. Crop yield can be increased (low damage rate) and reduced operating costs (labour costs) if the mechanisation package is used. Overall, a partial budget analysis shows that the benefit exceeds the implication value by RM2,700 if watermelon cultivation is mechanised. Considering the high price of mechanisation packages, the existence of service providers can help farmers through the rental of related machines. Intervention from the development agency is important to ensure that information related to this mechanisation package reaches users.

Abstrak
Tembikai (Citrullus lanatus) menyumbang kira-kira 8.8% pengeluaran buahbuahan segar tropika di Malaysia. Kebanyakan tumbuhan ini ditanam di Kelantan, Pahang, Johor dan Terengganu dengan hasil sebanyak 92,762 mt pada tahun 2021 (DOA 2021). Pada masa ini, aktiviti penanaman tembikai di Malaysia seperti menanam, membaja, memasang plastik sungkupan dan menuai dijalankan secara konvensional, kecuali proses penyediaan tanah. Oleh itu, pakej mekanisasi penanaman tembikai diperkenalkan kepada petani bagi membantu memudahkan dan mengurangkan jurang masa aktiviti penanaman. Sehingga kini, belum ada kajian mendalam berkenaan penilaian impak ekonomi selepas penggunaan mekanisasi dalam penanaman tembikai. Kajian mengenai impak ekonomi penggunaan mekanisasi adalah penting dalam menilai kebolehlaksanaan penggunaan mekanisasi dalam perbezaan hasil penanaman dan kos pengeluaran. Analisis belanjawan separa digunakan dalam menganalisis keupayaan untuk melaksanakan perniagaan dengan pulangan yang dijangkakan hasil daripada penyesuaian teknologi atau pengurusan langsung. Pengeluaran tembikai secara konvensional dan pakej mekanisasi didapati berdaya maju. Hasil tanaman boleh ditingkatkan (kadar kerosakan yang rendah) dan mengurangkan kos operasi (kos buruh) jika pakej mekanisasi digunakan. Secara keseluruhan, analisis separa belanjawan menunjukkan manfaat atau nilai faedah melebihi nilai implikasi sebanyak RM2,700 jika penanaman tembikai diaplikasikan secara mekanisasi. Memandangkan harga pakej mekanisasi yang tinggi, kewujudan penyedia perkhidmatan dapat membantu petani melalui penyewaan mesin berkaitan. Intervensi daripada agensi pembangunan adalah penting bagi memastikan maklumat berkaitan pakej mekanisasi ini sampai kepada pengguna.

X

Right Click

Not allowed