189158
TodayToday97
YesterdayYesterday132
This_WeekThis_Week229
This_MonthThis_Month319

Abstract
The fall armyworm (FAW), Spodoptera frugiperda, is known worldwide as a destructive pest of various agricultural crops and is widely distributed in Europe, Africa, Asia and Australia. In 2019, the pest was reported to be affecting corn plantation in Vietnam, Thailand, Myanmar, Indonesia and Malaysia. Controlling pests using a single method is generally less effective. The integrated pest management (IPM) approach is one of the methods that grain and sweet corn farmers use to control FAW. MARDI studied the introduction of pheromones from Costa Rica to control adult FAW moths and investigated the introduction of pesticides with the active ingredients Chlorantraniliprole and Emamectin benzoate. Therefore, this study aims to evaluate the cost benefit of IPM recommendations in controlling FAW in corn fields. Using IPM for FAW control
in grain corn resulted in an increase amounting RM96 more than not using the IPM method, even assuming the yield increases by 300 kg. In sweet corn, using IPM for FAW control provides an advantage of RM3, 363.19 more than not using IPM method with a yield increase of 12%. Both type of corn were tested with MARDI’s technology in handling and following SOP for IPM-FAW control. The aim of the IPM is to bring FAW below the economic damage threshold. Therefore, the use of IPM for FAW control is suitable for implementation in areas where the SOP proposed by MARDI has never been practiced to achieve higher sweet corn yields. However, for grain corn, further research needs to be carried out to ensure that the IPM can generate a significant financial return, and to ensure the sustainability of the IPM recommendations on site in line with efforts to minimise the use of chemical based pesticides.

Abstrak
Fall armyworm (FAW), Spodoptera frugiperda, dikenali sebagai perosak pelbagai tanaman pertanian di sekitar Eropah, Afrika, Asia dan Australia. Pada 2019, perosak ini dilaporkan menjejaskan tanaman jagung di Vietnam, Thailand, Myanmar, Indonesia dan Malaysia. Kawalan FAW menggunakan satu kaedah kawalan lazimnya kurang berkesan. Pendekatan pengurusan perosak bersepadu (IPM) merupakan salah satu kaedah pengurusan yang dicadangkan untuk petani jagung bijian dan jagung manis untuk mengawal FAW. MARDI telah menjalankan kajian tentang penggunaan feromon dari Costa Rica untuk mengawal FAW dewasa dan pengenalan racun perosak dengan bahan aktif Chlorantraniliprole dan Emamectin benzoate. Melalui pengenalan kawalan tersebut, kajian ini bertujuan untuk menilai kos pengeluaran dan pulangan serta analisis kos dan faedah dalam mengawal FAW di kedua-dua ladang jagung. Penggunaan IPM untuk kawalan FAW dalam jagung bijian menyebabkan peningkatan kos sebanyak RM96 berbanding dengan tidak menggunakan kaedah IPM, namun masih berupaya meningkatkan hasil meningkat sebanyak 300 kg. Bagi jagung manis, menggunakan IPM untuk kawalan FAW memberikan kelebihan RM3,363.19 lebih daripada tidak menggunakan kaedah IPM dengan peningkatan hasil sebanyak 12%. Kedua-dua jagung mengaplikasikan amalan MARDI dalam pengendalian dan SOP untuk kawalan IPM-FAW. Penggunaan kaedah IPM bertujuan untuk membawa kerosakan akibat FAW di bawah ambang kerosakan ekonomi. Oleh itu, penggunaan IPM untuk kawalan FAW adalah sesuai dilaksanakan di kawasan yang SOP MARDI tidak pernah diamalkan untuk mencapai hasil yang baik terutama di kawasan jagung manis. Walau bagaimanapun, bagi jagung bijian, kajian lanjut perlu dijalankan bagi memastikan kaedah IPM dapat menjana pulangan kewangan yang setara di samping memastikan penggunaan IPM berupaya untuk memastikan kemampanan di samping memastikan perlindungan alam sekitar terjaga.

X

Right Click

Not allowed