150065
TodayToday116
YesterdayYesterday111
This_WeekThis_Week627
This_MonthThis_Month1895

Consumers’ willingness to pay towards wild honey bee nesting site: The case of My Bee Savior Malaysia
(Kesanggupan pengguna untuk membayar terhadap tempat bersarang lebah madu liar: Kajian kes Penyelamat Lebah Malaysia)

 

Wild honey bee usually nesting in forest, trees and far from resident’s area, but recently, most of them were found in residential area either urban or rural area. Based on data from Non-Government Organisation named My Bee Savior who form a team to move these wild honey bees from residential areas to safer places. The majority of complaints they got were nesting in house structure and home furniture. However, this NGO not well known because most of the people makes complaints directs to local authorities. The main problem with local authorities was they destroy the nest because following their standard operating procedure. Such of that action can affect the bee and the environment. This study is to determine consumers’ willingness to pay (WTP) for wild honey bee nesting sites with reference to My Bee Savior a Malaysia non-government organisation (NGO) initiated by the Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI). A total of 812 respondents were interviewed for this purpose. The contingent valuation method (CVM) was used to determine consumers’ WTP for the wild honey bee rescue. Logistic regression analysis shows that the bid price, the true value of willingness contributions and the type of work affect the individual’s willingness to contribute to the trust funds fund to preserve the wild honey bee species in the country. Based on this study, it was found that the majority of respondents (84.4%) agreed to contribute to the trust fund with amounts varies, but most of them not aware the existing of My Bee Savior. However, average amount WTP for wild bee activity is RM19.59 per person. This result could be used as a guide to develop policies and strategies for funding the conservation of the wild honey bee in the country. The amount of money could be derived for example, by allocating part of the tax payers’ contribution to be channeled to relevant parties responsible for maintaining the wild honey bee species.

Abstrak
Lebah madu liar biasanya bersarang di hutan, pokok dan jauh dari kawasan kediaman, namun dengan keadaan persekitaran terkini, sarang lebah madu banyak ditemui di kawasan kediaman sama ada di kawasan bandar atau luar bandar.Berdasarkan data dari organisasi bukan kerajaan iaitu Pasukan Penyelamat Lebah atau My Bee Saviour yang membentuk satu pasukan untuk memindahkan lebah madu liar ini dari kawasan kediaman ke tempat yang lebih selamat secara sukarela. Sebilangan besar aduan yang mereka terima bersarang dalam struktur rumah dan perabot rumah. Walau bagaimanapun, NGO ini tidak terkenal kerana kebanyakan orang membuat aduan terus kepada pihak berkuasa tempatan. Masalah utama dengan pihak berkuasa tempatan ialah mereka memusnahkan sarang kerana mengikuti prosedur operasi standard mereka. Tindakan sedemikian boleh menjejaskan populasi lebah dan alam sekitar. Kajian ini bertujuan untuk menilai kesanggupan untuk membayar (WTP) di kalangan pengguna terhadap aktiviti pengalihan tempat bersarang lebah madu liar yang dijalankan oleh MyBee Savior yang diilhamkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Sejumlah 812 responden telah ditemu ramah untuk tujuan ini. Kaedah penilaian kontingen (CVM) digunakan untuk menentukan WTP pengguna untuk penyelamatan lebah madu liar. Analisis regresi logistik menunjukkan bahawa harga tawaran, nilai sebenar sumbangan kesediaan dan jenis kerja mempengaruhi kesediaan individu untuk menyumbang kepada dana amanah bagi memelihara spesies lebah madu liar di negara ini. Kajian mendapati bahawa majoriti responden (84.4%) bersetuju untuk menyumbang kepada tabung amanah dengan jumlah yang berbeza-beza, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui kewujudan Penyelamat Lebah. Walau bagaimanapun, purata WTP untuk aktiviti lebah liar adalah RM19.59 seorang. Hasil ini boleh digunakan sebagai panduan untuk membangunkan dasar dan strategi untuk membiayai pemuliharaan lebah madu liar di negara ini. Sejumlah wang boleh diperoleh contohnya dengan memperuntukkan sebahagian daripada sumbangan pembayar cukai untuk disalurkan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk mengekalkan spesies lebah madu liar.

X

Right Click

Not allowed