194294
TodayToday185
YesterdayYesterday172
This_WeekThis_Week618
This_MonthThis_Month5455

Abstract
The agricultural policies of governments globally emphasise enhancing domestic production, productivity and sustainability, alongside addressing food security and resource limitations. One strategy gaining traction involves integrating rice and fish farming within a sustainable agricultural framework. This offers ecological and economic advantages like improved soil fertility, natural pest control and increased household income, while also creating agro-tourism opportunities. In Malaysia, catfish farming has notably expanded, significantly contributing to aquaculture production. Efforts are ongoing to integrate rice cultivation with catfish farming to optimise agricultural space and income generation. This study evaluates the monetary benefits of this integration, focusing on the Aquaculture Extension Centre or Pusat Pengembangan Akuakultur (PPA) Jitra in Kedah Darul Aman. It employs experimental methodologies, assessing two scenarios involving rice production using a floating bed system. This method avoids conventional chemicals to minimise harm to aquatic life, especially catfish. The research presents two scenarios: The first is a rice production project at 3,624 kg/ha, and the second is a rice production project at 8,872 kg/ha, both integrated with catfish farming. A partial budgeting approach assesses financial viability, analysing net income alterations based on total revenue and costs. Scenario 1 displays a negative return due to escalating costs outweighing benefits. However, sensitivity analysis suggests Scenario 1’s potential viability if rice yields reach 5,976.67 kg/ ha. Scenario 2, though also showing a negative return, holds potential viability if rice yields increase to 9,814.44 kg/ha. The study evaluates the economic lifespan of catfish and rice cultivation, estimating catfish production at 1,700 kg/ pond and rice production at 4.5 mt/pond. Break-even points for both components indicate when revenues equal costs. The integrated approach demonstrates a favourable Benefit Cost Ratio (BCR) of 1.27, indicating economic feasibility through integration. However, comprehensive environmental impact studies are vital to ensure sustainability, despite the promise of cost reduction through labor sharing. While aligned with promoting a circular economy and environmentally friendly agricultural practices, a thorough assessment of ecological implications is crucial. Integrated rice and catfish farming, if diligently executed, holds potential as a sustainable and environmentally responsible approach to agricultural development.

Abstrak
Polisi pertanian di seluruh dunia menekankan peningkatan pengeluaran domestik, produktiviti dan kelestarian, sambil menangani keselamatan makanan dan keterbatasan sumber. Satu strategi yang semakin mendapat perhatian melibatkan penggabungan penanaman padi dan penternakan ikan dalam kerangka pertanian lestari. Hal ini menawarkan kelebihan ekologi dan ekonomi seperti kesuburan tanah yang lebih baik, kawalan serangga semula jadi, dan peningkatan pendapatan isi rumah, sambil mencipta potensi peluang agropelancongan. Di Malaysia, penternakan ikan keli telah berkembang pesat, memberi sumbangan yang ketara kepada pengeluaran akuakultur. Usaha sedang dijalankan untuk mengintegrasikan penanaman padi dengan penternakan ikan keli untuk mengoptimumkan ruang pertanian dan penjanaan pendapatan. Kajian ini menilai faedah kewangan dari integrasi ini, dengan kajian tumpuan di Pusat Pengembangan Akuakultur (PPA) di Jitra, Kedah Darul Aman. Ia menggunakan metodologi eksperimen, menilai dua senario yang melibatkan pengeluaran padi menggunakan sistem batas terapung. Kaedah ini mengelakkan bahan kimia konvensional untuk meminimumkan kerosakan kepada hidupan akuatik, terutamanya ikan keli. Penyelidikan ini menyajikan dua senario: Senario 1 meramalkan pengeluaran padi sebanyak 3,624 kg setiap hektar dan Senario 2 sebanyak 8,872 kg setiap hektar, kedua-duanya diintegrasikan dengan penternakan ikan keli sedia ada. Pendekatan perbelanjaan separa dalam menilai kebolehgunaan kewangan, menganalisis perubahan pendapatan bersih berdasarkan pendapatan dan anggaran kos keseluruhan. Senario 1 menunjukkan pulangan negatif kerana kos yang meningkat melebihi faedah. Walau bagaimanapun, analisis kepekaan menunjukkan potensi kebolehlaksanaan Senario 1 jika hasil padi mencapai 5,976.67 kg setiap hektar. Senario 2, walaupun juga menunjukkan pulangan negatif, mempunyai potensi kebolehlaksanaan jika hasil padi meningkat kepada 9,814.44 kg setiap hektar. Kajian menilai jangka hayat ekonomi penternakan ikan keli dan penanaman padi, dengan menjangkakan pengeluaran ikan keli sebanyak 1,700 kg setiap kolam dan pengeluaran padi sebanyak 4.5 tan metrik setiap kolam. Titik pulang modal untuk kedua-dua komponen adalah setara apabila pendapatan bersamaan dengan kos. Dapatan menunjukkan Nisbah Faedah Kos (BCR) yang menguntungkan sebanyak 1.27, menunjukkan kebolehlaksanaan ekonomi integrasi padi dan ikan keli. Walau bagaimanapun, kajian impak alam sekitar yang komprehensif adalah penting untuk memastikan kelestarian, walaupun memerlukan pengurangan kos seperti melalui perkongsian buruh. Sejajar dengan promosi circular economy dan amalan pertanian yang mesra alam, penilaian menyeluruh tentang implikasi ekologi adalah penting. Pertanian bersepadu padi dan ikan keli, jika dilaksanakan dengan teliti, mempunyai potensi sebagai pendekatan pembangunan pertanian
yang lestari dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

X

Right Click

Not allowed