194297
TodayToday188
YesterdayYesterday172
This_WeekThis_Week621
This_MonthThis_Month5458

Abstract
Rice is an important crop in agriculture and it is receiving special attention from the government to ensure sufficient food supply for the growing population besides addressing national food security. The new initiative by the government to increase intensity of rice production through the five season cultivation in two years is an effort to increase the sustainability of national rice production. The purpose of this article is to evaluate the level of profitability, challenges and identify factors that influence farmers’ acceptance of five season in two years of paddy cultivation. The findings show that there is no significant difference in terms of yield, production costs and gross income of farmers in the program compared to normal practices (four season in two years). The benefits obtained by farmers who plant four seasons in two years are higher than those who plant rice five seasons in two years. The results indicates that it was still not feasible to implement this initiative without further improvement on various technical aspects, particularl in reference to rodent issues and the improvement of yield and suitable mechanisation for soil management which will probably reduce costs/unit for the entire five seasons in two years. About 48.3% of farmers are willing to accept rice cultivation with five seasons in two years if they receive all subsidies for entire seasons. Factors such as yield, the condition of the paddy field and family labour are important in influencing farmers acceptance on the five season in two years of rice cultivation. There is still room for improvement especially to develop a suitable mechanisation such as small tractors for soft land conditions, systematic field management to cope with pest and disease problems and improvement of irrigation infrastructure for better water management.

Abstrak
Padi merupakan tanaman penting dalam pertanian dan diberi perhatian khusus oleh kerajaan sebagai keperluan makanan asas bagi memastikan bekalan dan keselamatan makanan negara terjaga. Oleh itu, program inisiatif baharu kerajaan untuk meningkatkan intensiti penanaman padi seperti penanaman lima musim dalam tempoh dua tahun adalah usaha untuk meningkatkan kelestarian pengeluaran padi negara. Tujuan artikel ini adalah untuk menilai tahap keuntungan dan cabaran penanaman padi lima musim dan mengenal pasti faktorfaktor yang mempengaruhi penerimaan petani program penanaman padi lima musin dalam dua tahun. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi hasil, kos pengeluaran dan pendapatan kasar petani dalam program berbanding amalan biasa (empat musim dua tahun). Faedah yang diperolehi oleh petani yang menanam empat musim dua tahun adalah lebih tinggi berbanding mereka yang menanam padi lima musim dua tahun. Terdapat masalah dan cabaran yang dihadapi oleh petani dalam program seperti serangan perosak dan penyakit didapati telah menyebabkan pengurangan hasil semasa program. Kira-kira 48.3% petani sanggup menerima penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun jika mereka masih menerima semua subsidi selama lima musim. Faktor-faktor seperti hasil, keadaan tanah sawah dan tenaga kerja keluarga adalah penting dalam mempengaruhi petani menerima penanaman padi lima musim dua tahun. Oleh itu, program penanaman padi lima musim dalam dua tahun ini masih memerlukan ruang penambahbaikan dari segi keperluan benih berkualiti, varieti padi singkat masa dan rintang terhadap penyakit, mekanisasi yang sesuai dan infrastruktur pengairan yang sempurna bagi pengurusan sawah padi yang sistematik. Oleh itu, masalah yang wujud dapat diminimumkan bagi memastikan hasil padi meningkat. Hal ini bagi memastikan peningkatan pendapatan petani dan seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka.

X

Right Click

Not allowed