193594
TodayToday137
YesterdayYesterday185
This_WeekThis_Week1190
This_MonthThis_Month4755

Abstract
Parboiled rice is a speciality rice that is preferred because of its attributes which is less starchy with soft and flaky texture. Malaysia depends on imports for parboiled rice and showed a positive average growth rate of 29.6%. Hence, MARDI developed parboiled rice and this research was undertaken to estimate consumers’ and rice millers’ preferences and willingness to pay (WTP) for MARDI’s parboiled rice. MARDI parboiled rice uses fragrant varieties MRQ 74 (sample A) and MRQ 104 (sample B). For the attributes on physical appearances, most consumers preferred the shiny and translucent attribute of Sample A with a mean score of 4.92 and 4.79. Sample B was most preferred for the attributes of length with a mean score of 5.14 However, the overall findings showed that consumers prefer rice sample C (control) with a mean score of 8.16 for shiny, 8.57 for length, and 8.64 for translucent. The evaluation of rice (cooked) attributes shows that consumers prefer sample C with a mean score of 8.24 for softness, followed by sample D with a score of 6.78 (fragrant) while the flaky attribute is more preferred for MARDI parboiled rice (sample A). The estimated willingness to pay (WTP) value is RM4.63/kg lower than the bid price of RM5/kg and this finding is significant at α = 0.01. Factors such as health and organic products had positive significance affecting willingness to pay. From the rice millers’ perspective, sample A (MRQ 74) got a higher mean score with an average score of 6.17 with most attributes had a higher mean score which is flaky, length and translucent compared to sample B (MRQ 104) for softness at a mean score of 5.83. The acceptance level among consumers and rice manufacturers shows that MARDI parboiled rice is less preferred due to its less shiny, length and translucent physical attributes. As for the rice, it was found to be less soft and flavorful. However, MARDI parboiled rice for both varieties was ahead in terms of flaky attributes compared to control rice samples in the market. The value of willingness to pay (WTP) at the consumer level is positioned in the middle price range for parboiled rice in Malaysia, meanwhile, the rice millers stated the average price was at RM5.90/kg. Therefore, MARDI’s parboiled rice needs to consider these attributes that can contribute to the consumer’s

Abstrak
Beras rebus merupakan beras istimewa yang mula mendapat permintaan di kalangan rakyat Malaysia. Beras rebus juga dikenali sebagai ‘beras kurang kanji’ dengan teksturnya yang lembut dan seroi. Malaysia bergantung kepada beras rebus import dan menunjukkan kadar pertumbuhan purata yang positif iaitu 29.6%. Oleh itu, MARDI telah membangunkan beras rebus dan kajian ini dijalankan untuk menganggarkan nilai kesanggupan membayar (WTP) di kalangan pengguna dan pengilang beras. Beras rebus MARDI menggunakan varieti wangi MRQ 74 (sampel A) dan MRQ 104 (sampel B). Bagi atribut penampilan fizikal, kebanyakan pengguna lebih suka atribut berkilat dan lut sinar pada sampel A dengan skor min 4.92 dan 4.79, manakala sampel B memberikan skor min tertinggi pada atribut panjang dengan nilai 5.14. Namun, dapatan keseluruhan menunjukkan pengguna lebih memilih sampel beras C (kawalan) dengan skor min 8.16 untuk berkilat, 8.57 untuk panjang, dan 8.64 untuk lut sinar. Penilaian kepada atribut nasi menunjukkan bahawa pengguna lebih menggemari sampel C dengan purata skor 8.24 untuk kelembutan, diikuti dengan sampel D dengan skor 6.78 (aroma), manakala atribut seroi lebih digemari dengan beras rebus MARDI (sampel A). Anggaran nilai kesanggupan membayar (WTP) adalah RM4.63/kg lebih rendah daripada harga bida RM5/ kg dan dapatan ini adalah signifikan pada α=0.01. Faktor seperti kesihatan dan produk organik mempunyai kesan positif dan signifikan yang mempengaruhi kesanggupan membayar. Dari perspektif pengilang beras, Sampel A (MRQ 74) mendapat skor min yang lebih tinggi dengan purata skor 6.17 dengan kebanyakan atribut mempunyai skor min yang lebih tinggi iaitu seroi, panjang dan berkilat berbanding Sampel B (MRQ104) pada atribut lembut dengan purata skor sebanyak 5.83. Tahap penerimaan dalam kalangan pengguna dan pengilang beras menunjukkan beras rebus MARDI kurang digemari kerana sifat fizikalnya yang kurang berkilat, panjang dan lut sinar. Bagi nasi pula didapati kurang lembut dan berperisa. Walau bagaimanapun, beras rebus MARDI bagi kedua-dua varieti tu mendahului dari segi sifat seroi berbanding dengan sampel beras kawalan di pasaran. Nilai kesanggupan membayar (WTP) di peringkat pengguna berada di tahap pertengahan di antara beras rebus di Malaysia, manakala pengilang padi memberikan harga purata pada RM5.90/kg. Walau bagaimanapun, beras rebus MARDI bagi kedua-dua varieti itu mendahului dari segi sifatnya yang seroi berbanding sampel beras kawalan di pasaran. Oleh itu, beras rebus MARDI perlu mengambil kira sifat-sifat ini yang boleh menyumbang kepada keutamaan pengguna seperti berkilat panjang, lut sinar serta rasa. Pada masa kini, segmen pasaran lebih tertumpu kepada diet sihat, justeru beras rebus MARDI perlu diposisikan bagi pasaran dalam negara kerana harganya yang fleksibel dan tidak dikawal serta sebagai alternatif untuk menggantikan beras rebus yang diimport.

X

Right Click

Not allowed