200425
TodayToday84
YesterdayYesterday113
This_WeekThis_Week197
This_MonthThis_Month493

Abstract
Watermelon (Citrullus lanatus) accounts for about 8.8% of all tropical fresh fruit production in Malaysia. They are grown, mostly at Kelantan, Pahang, Johor and Terengganu in Malaysia, yielding 92,762 mt in 2021 (DOA 2021). Currently, watermelon cultivation activities such as planting, fertilising, installing plastic mulch and harvesting carried out in Malaysia are conventional, except for land preparation. Therefore, the mechanisation package of watermelon cultivation was introduced to farmers to help simplify and reduce the time of planting activities. The application of these technologies among farmers needs to be empirically measured to identify the factors that influence the adoption of these technologies by employing the Technology Acceptance Model (TAM). The Structural Equation Modelling (SEM) method was used to test the hypotheses in the proposed model. The results showed the positive significant relationship between Attitude with the Perceived Usefulness and Perceived Ease of Use. This shows that technology can be accepted among farmers if it is easy to use and able to give positive impact to farmers. The intervention from authorities such as extension agencies in delivering information and providing training related to technology is important to ensure that technology is used well and optimally.

Abstrak
Tembikai (Citrullus lanatus) menyumbang kira-kira 8.8% daripada semua pengeluaran buah segar tropika di Malaysia. Buah ini banyak ditanam di kawasan Kelantan, Pahang, Johor dan Terengganu yang menghasilkan 92,762 mt pada 2021 (DOA 2021). Pada masa ini, aktiviti pengeluaran tembikai seperti menyemai, membaja, memasang plastic sungkupan dan penuaian yang dijalankan di Malaysia adalah secara konvensional, kecuali penyediaan tanah. Oleh itu, pakej mekanisasi penanaman tembikai diperkenalkan kepada petani bagi membantu memudahkan dan mengurangkan masa aktiviti penanaman. Aplikasi teknologi dalam kalangan petani perlu diukur secara empirikal untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi penggunaan teknologi ini dengan menggunakan Model Penerimaan Teknologi (TAM). Kaedah Structural Equation Modeling (SEM) digunakan untuk menguji hipotesis dalam model yang dicadangkan. Keputusan menunjukkan hubungan signifikan yang positif antara Sikap dengan kebolehgunaan (Perceived Usefulness) dan mudah digunakan (Perceived Ease of Use). Hal ini menunjukkan teknologi boleh diterima dalam kalangan petani sekiranya ia mudah digunakan dan mampu memberi impak positif kepada petani. Intervensi pihak berkuasa seperti agensi pengembangan dalam menyampaikan maklumat dan menyediakan latihan berkaitan teknologi adalah penting bagi memastikan teknologi digunakan dengan baik dan optimum.

X

Right Click

Not allowed