204928
TodayToday201
YesterdayYesterday353
This_WeekThis_Week1554
This_MonthThis_Month4996

Abstract
The demand for broiler meat in Malaysia remains consistently high, making it crucial to regularly evaluate industry challenges to maintain competitiveness and ensure sustainability. Despite the strong demand, there are persistent issues related to cost management and profitability in broiler farming. Existing studies indicate that rising feed costs and market fluctuations have significantly impacted profitability, necessitating updated analyses to reflect the current economic landscape. This study addresses these needs by assessing farmers’ financial status, production costs, total net income and input-output ratios in broiler production across Peninsular Malaysia. Using a stratified random sampling method, data from 241 broiler farms were analysed to provide insights into current cost structures and profitability challenges faced by the industry. Descriptive statistics and farm budgeting served as the primary analytical tools. Findings revealed that farmers in Peninsular Malaysia face significant challenges related to high production costs primarily driven by volatile feed prices. The study shows that feed costs constitute the largest proportion of total production expenses, underscoring their critical role in influencing profitability. Despite these challenges, the industry maintains a marginal profit margin, as indicated by an input-output ratio of 1.03. This signifies that for every RM1.00 spent on production, RM1.03 is earned in revenue, highlighting the industry’s ability to achieve slight profitability under current economic conditions. Overall, the study highlights the importance of managing production costs to improve profitability and sustainability in broiler farming across Peninsular Malaysia.

Abstrak
Permintaan daging ayam di Malaysia kekal tinggi, menjadikannya penting untuk menilai cabaran industri ini secara berkala bagi mengekalkan daya saing dan memastikan kelestariannya. Di sebalik permintaan yang kukuh, terdapat isu yang berterusan berkaitan pengurusan kos dan keuntungan dalam penternakan ayam pedaging. Kajian sedia ada menunjukkan bahawa kenaikan kos makanan dan turun naik pasaran telah memberi kesan yang ketara terhadap keuntungan justeru memerlukan analisis terkini untuk mencerminkan landskap ekonomi semasa. Kajian ini menangani keperluan tersebut dengan menilai status kewangan penternak, kos pengeluaran, jumlah pendapatan bersih, dan nisbah input output dalam pengeluaran ayam pedaging di seluruh Semenanjung Malaysia. Menggunakan kaedah pensampelan rawak berstrata, data daripada 241 ladang ayam pedaging telah di analisis untuk memberi pandangan tentang struktur kos semasa dan cabaran keuntungan yang dihadapi oleh industri. Statistik deskriptif dan belanjawan ladang berfungsi sebagai alat analisis utama. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penternak ayam pedaging di Semenanjung Malaysia menghadapi cabaran besar berkaitan dengan kos pengeluaran yang tinggi didorong oleh harga makanan yang tidak menentu. Kajian ini menunjukkan bahawa kos makanan merupakan bahagian terbesar daripada jumlah perbelanjaan pengeluaran, menekankan peranan utamanya dalam mempengaruhi keuntungan. Walaupun menghadapi cabaran ini, industri tetap mengekalkan margin keuntungan walaupun agak kecil, seperti yang ditunjukkan oleh nisbah inputoutput sebanyak 1.03. Hal ini bermakna bagi setiap RM1.00 yang dibelanjakan untuk pengeluaran, RM1.03 diperoleh sebagai hasil, menunjukkan keupayaan industri untuk mencapai keuntungan dalam keadaan ekonomi semasa. Secara keseluruhan, kajian ini menekankan kepentingan pengurusan kos pengeluaran bagi meningkatkan keuntungan dan kelestarian dalam penternakan ayam pedaging di seluruh Semenanjung Malaysia.

X

Right Click

Not allowed