Abstract
Nowadays, various of agriculture challenges occurred and tubers of Dioscorea alata are expected to play a vital role as crop diversification as an alternative to food security in Malaysia. Various of literatures had revealed its abundance of health benefit to be exploited as well as its resilience in harsh climate change and many others. Therefore, this study had been carried out to examine the potential of underutilised edible tubers, namely D. alata. This study employed qualitative technique through case study approach towards 10 selected farmers using snowball sampling in East Coast Malaysia and had been analysed using SWOT analysis. SWOT analysis had been chosen as an initial strategic planning for D. alata in East Coast Malaysia for identifying the strength, opportunities, for the high probability of the potential as well as weaknesses and threat for the rooms for improvement. It was found that, through SWOT analysis, D. alata recorded higher demand in East Coast Malaysia during monsoon season due to alternative to sweet potato. It recorded higher ex-farm price at range RM7 – RM10/kg and mostly sold along the roadside. For the agronomic practices, D. alata is compatible to all kind of fertilisers and well resistance to pesticides. However, the weed control practices need to improve. D. alata normally harvest almost in nine months and within this period, there are no local edible tubers D. alata sold. The source of D. alata is depends on imported from Thailand. Thailand had managed to produce the D. alata during off-season and able to supply to Malaysia regularly. Some of the villagers had used this imported D. alata to produce by-products. There is an opportunity for the research institution in Malaysia to take this initiative in breeding program to produce new D. alata with the shorter period of harvesting. On the marketing part, through observation, it is clearly seen that most of the D. alata is imported during off-season. In FAMA outlets, all D. alata are imported from Thailand, creating a potential if there is a regular supply of D. alata. As a conclusion, D. alata can be exploited to its fullest potential as an alternative to food security through crop diversification for the benefit of the future agriculture, the but further action needs to be taken for this underutilised edible tuber to be commercially grown by the farmers.
Abstrak
Pada masa kini, pelbagai cabaran yang dihadapi oleh sektor pertanian dan ubian tradisional Dioscorea alata dijangka memainkan peranan yang penting sebagai tanaman alternatif di Malaysia kepada keselamatan makanan di Malaysia. Pelbagai kajian lepas telah merungkai manfaat kesihatan yang diperoleh di samping ketahanan ubi tradisional ini ke atas perubahan cuaca yang ekstrim dan pelbagai lagi. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji potensi ubian tradisional iaitu D. alata. Kajian ini menggunakan teknik kualitatif menerusi pendekatan kajian kes ke atas 10 petani terpilih menggunakan teknik persampelan bebola salji di Pantai Timur dengan menggunakan analisis SWOT. Analisis SWOT telah dipilih sebagai strategi perancangan di peringkat awal di Pantai Timur Malaysia untuk mengenal pasti kekuatan dan peluang untuk diketengahkan di samping kelemahan dan ancaman untuk ruang penambah baikkan. Kajian mendapati menerusi SWOT analisis, D. alata mencatatkan permintaan yang tinggi di Pantai Timur terutamanya semasa musim tengkujuh kerana merupakan tanaman alternatif kepada ubi keledek. Ubian tradisional ini mencatatkan harga ladang yang tinggi iaitu di antara RM7 – RM10/kg dan kebanyakkannya dijual di tepi jalan. Ubian tradisional ini sesuai dengan semua jenis pembajaan dan tahan terhadap perosak. Walau bagaimanapun, aspek kawalan rumpai perlu ditambah baik. D. alata lazimnya ditanam selama 9 bulan dan sepanjang tempoh penanaman ini, tiada ubian tradisional tempatan dijual di pasaran melainkan yang diimport daripada Thailand. Ubian tradisional ini bergantung sepenuhnya terhadap ubi yang diimport daripada Thailand. Thailand telah berjaya menghasilkan ubian tradisional di luar musim dan mampu membekalkan secara konsisten ke Malaysia. Kajian kami juga mendapati, sebahagian daripada penduduk kampung telah menggunakan ubian tradisional import ini untuk menghasilkan produk-produk seperti kuih-muih dan kerepek. Oleh itu, terdapat peluang ke atas institusi penyelidikan di Malaysia untuk mengambil inisiatif membangunkan varieti ubi tradisional yang baharu yang lebih singkat tempoh kematangan. Dari aspek pemasaran pula, menerusi pemerhatian, D. alata diimport semasa luar musim. Di FAMA outlet, semua D. alata diimport daripada Thailand. Oleh itu terdapat potensi D. alata tempatan untuk menembusi FAMA outlet sekiranya terdapat bekalan yang konsisten. Sebagai kesimpulan, D. alata boleh dieksploitasi sepenuhnya sebagai alternatif kepada tanaman keselamatan makanan untuk manfaat sektor pertanian dalam jangka masa panjang, tetapi perlu akan tindakan yang lebih komprehensif untuk ubian tradisional ini ditanam oleh petani secara komersil.