Print

Abstract
The level of technical efficiency of the inshore fishermen in Kuala Terengganu. was determined. A survey was conducted between June and August 2007 where 100 fishermen in 14 villages were chosen by stratified random sampling. Data envelopment analysis (DEA) was employed to determine the technical efficiency level among the fishermen. Results of the study showed that most fishing units exhibited a low degree of technical efficiency. This implies that either fishing inputs were used inefficiently or insufficient inputs were used in fishery activities. The mean technical efficiency for the sample was estimated at 55% for the peak season and 40% for the non-peak season. About 37% and 62% of the fishermen had less than 40% level of technical efficiency in peak season and non-peak season respectively. These findings suggest that there is much room for improvement in efficiency among a large segment of the inshore fishermen in Kuala Terengganu.


Abstrak
Tahap kecekapan teknikal dalam perikanan pesisiran pantai di Kuala Terengganu telah dikenal pasti. Data dikumpul daripada kaji selidik yang dijalankan antara bulan Jun hingga Ogos 2007. Sejumlah 100 orang nelayan dari 14 buah kampung di Kuala Terengganu dipilih secara persampelan strata. Data Envelopment Analysis (DEA) digunakan untuk menentukan tahap kecekapan teknikal di kalangan nelayan. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan bot mempunyai darjah kecekapan teknikal yang rendah. Ini disebabkan sama ada penggunaan input tidak cekap ataupun input yang tidak mencukupi dalam aktiviti perikanan. Min kecekapan teknikal untuk sampel dianggarkan sebanyak 55% untuk musim banyak ikan dan 40% untuk musim kurang ikan. Secara amnya, sebanyak 37% dan 62% nelayan mendapat tahap kecekapan teknikal kurang daripada 40% pada musim banyak ikan dan pada musim kurang ikan. Hasil kajian ini mencadangkan masih terdapat banyak ruang untuk peningkatan dalam kecekapan di kalangan nelayan pesisir pantai di Kuala Terengganu.

Copyright 2012 ©
Economic and Technology Management Research Centre,
MARDI Headquarters, Persiaran MARDI- UPM, 43300 SERI KEMBANGAN,
SELANGOR, MALAYSIA
Best viewed in IE 8.0, Mozilla Firefox 3.0, Google Chrome version 9.0 & above