Print

Awareness and implementation of food quality standards under MARDI’s entrepreneurship programmes
(Kesedaran dan penggunaan standard kualiti makanan dalam program usahawan MARDI)

Abstract

Consumers are increasingly concerned about food quality and safety. This is evidenced by consumer references towards products bearing standard logos related to food safety and quality, such as Halal, Good Manufacturing Practice (GMP), ISO 9001:2000 and Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP). This study examined the awareness of the food-processing entrepreneurs towards food quality standards and its effects on business performance. This study involved 100 entrepreneurs who received consultative guidance from MARDI. The study revealed that more than 90% of respondents recognized the importance of food quality standards and its impact towards company’s performance. However, only 70% of the respondent used this quality standard. The quality standards mostly used by the entrepreneurs were GMP (60%), followed by Halal (43%) and HACCP (14%). Consultative services and training on the implementation of quality standards such as GMP, Halal and HACCP were the main programmes provided by government agencies, including MARDI. The main factor that influenced entrepreneurs to implement the quality system was their self-motivation to ensure that their products would be accepted by consumers, followed by the advisory of the extension workers. This study also revealed that the main factor that prevented the entrepreneurs from implementing the quality system was the higher cost of getting the certificate and the development cost of the factory to meet the standards.


Abstrak

Pengguna semakin bimbang tentang kualiti dan keselamatan makanan. Ini dibuktikan oleh pilihan pengguna terhadap produk yang mengandungi logo standard yang berkaitan dengan keselamatan dan kualiti makanan seperti Halal, Amalan Pengilangan Baik (GMP), ISO 9001:2000 dan Analisis Bahaya Titik Kawalan Kritikal HACCP) pada bungkusannya. Kajian ini bertujuan mengkaji kesedaran usahawan pemprosesan makanan terhadap standard kualiti makanan dan kesannya kepada prestasi perniagaan. Kajian ini melibatkan 100 orang usahawan yang menerima bimbingan perundingan daripada MARDI. Kajian ini mendedahkan bahawa lebih 90% daripada responden mengiktiraf kepentingan standard kualiti makanan dan kesannya terhadap prestasi syarikat. Walau bagaimanapun, hanya 70% responden yang mengimplimentasi standard kualiti di premis mereka. Standard kualiti yang paling kerap digunakan oleh usahawan ialah GMP (60%), diikuti oleh Halal (43%) dan HACCP (14%). Perkhidmatan perundingan dan latihan mengenai pelaksanaan standard kualiti seperti GMP, Halal dan HACCP ialah program utama yang disediakan oleh agensi kerajaan, termasuk MARDI. Faktor utama yang mempengaruhi usahawan untuk melaksanakan sistem kualiti ialah motivasi diri untuk memastikan bahawa produk yang dikeluarkan diterima oleh pengguna dan diikuti oleh nasihat daripada pekerja pengembangan. Kajian ini juga menunjukkan bahawa faktor utama yang menghalang usahawan daripada melaksanakan sistem kualiti ialah kos yang lebih tinggi mendapat sijil dan kos pembangunan kilang untuk memenuhi standard.

Copyright 2012 ©
Economic and Technology Management Research Centre,
MARDI Headquarters, Persiaran MARDI- UPM, 43300 SERI KEMBANGAN,
SELANGOR, MALAYSIA
Best viewed in IE 8.0, Mozilla Firefox 3.0, Google Chrome version 9.0 & above