Print

Factors affecting the use of advisory services among small scale food processors in Selangor
(Faktor yang mempengaruhi penggunaan khidmat nasihat di kalangan pemproses makanan berskala kecil di Selangor)

Abstract

The main objective of this study was to examine factors affecting the use of advisory services by small scale food processors. The primary data were collected from 93 firms involved in food processing activities operating in Selangor. The structured questionnaire was used to collect the data. Both descriptive and factor analysis were used to analyze the data. The results of the analysis showed that the majority of respondents (30.1%) used two types of advisory services. MARDI and DOA were the two agencies which had the highest number of clients served.The findings showed that use of advisory services among the firms surveyed were affected by three factors. The variables found in the first factor were number of employees, being an exporter and firm’s age followed by the second (age and experience of owner-manager) and third (firm size and ownership structure) factors. This study suggests that the advisory services offered need to be specialized according to the firm and owner-manager characteristics.


Abstrak

Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi penggunaan khidmat nasihat oleh pemproses makanan berskala kecil. Data primer dikumpul daripada 93 firma yang terlibat dalam aktiviti pemprosesan makanan yang beroperasi di Selangor. Data dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik berstruktur. Analisis deskriptif dan analisis faktor digunakan untuk menganalisis data. Hasil analisis menunjukkan majoriti responden (30.1%) menggunakan dua jenis khidmat nasihat. MARDI dan DOA adalah dua agensi yang merekodkan jumlah pelanggan yang tertinggi. Kajian juga menunjukkan penggunaan khidmat nasihat dalam kalangan firma yang dikaji adalah dipengaruhi oleh tiga faktor. Faktor pertama terdiri daripada jumlah pekerja, pengeksport dan umur firma diikuti oleh faktor kedua iaitu umur dan pengalaman pemilik-pengurus manakala faktor ketiga ialah saiz firma dan struktur pemilikan. Kajian ini mencadangkan bahawa khidmat nasihat yang ditawarkan perlu dibuat pengkhususan berdasarkan ciri-ciri firma dan pemilik-pengurus.

Copyright 2012 ©
Economic and Technology Management Research Centre,
MARDI Headquarters, Persiaran MARDI- UPM, 43300 SERI KEMBANGAN,
SELANGOR, MALAYSIA
Best viewed in IE 8.0, Mozilla Firefox 3.0, Google Chrome version 9.0 & above