Print

Tasek Bera Forest Reserve in Pahang: Deplete or conserve?
(Hutan Simpan Tasek Bera: Hapus atau pulihara?)

Abstract

The tremendous increase in environmental movements including researches, studies and non-governmental organization actions are the manifestation of environmental concern towards the scarcity of natural resources and biodiversity. The collectivism attitude in preserving the resources are still not much and proactive since the monetary value that can be gained from the direct exploitation or depletion of the natural resources seems to be more profitable and advantageous for certain people. Is it worth to deplete the resources without sustaining it or is it better to exploit it in an appropriate and reasonable manner? Nevertheless, it is important to bear in mind that the sustainable exploitation for agrofood and national food security agenda is amongst the critical priority by the government. Undeniably, there is a conflict of interest between the agricultural industry and managers of natural resources to meet up the national challenge and vision to bring the agricultural industry to a higher level; and at the same time preserving the invaluable natural resources. This paper discusses a case study of Tasek Bera Forest Reserve as internalizing the issues and problems existing here such as the disturbances of the biodiversity and its ecosystems, the dimensions that contribute to the problems and generally describing the appropriate strategies to encounter particular matters. A series of physical observations and discussions with the stakeholders have been carried out in order to obtain the important information and current problems existing in this area.


Abstrak

Peningkatan yang besar dalam penyelidikan, kajian dan tindakan pertubuhan bukan kerajaan terhadap alam sekitar menunjukkan kebimbangan kerana berkurangnya sumber asli dan biodiversiti. Sikap kolektivisme dalam memelihara sumber masih tidak begitu menyeluruh dan proaktif, kerana nilai faedah kewangan yang boleh diperoleh daripada eksploitasi langsung telah menjadi keutamaan pihak tertentu. Persoalannya adakah lebih baik untuk mengurangkan sumber tanpa mengekalkannya atau mengeksploitasinya dengan cara yang sesuai dan munasabah? Harus diingat bahawa adalah penting untuk mengeksploitasi sumber secara mapan bagi tujuan agromakanan kerana keselamatan makanan merupakan agenda nasional yang kritikal. Tidak dinafikan terdapat konflik kepentingan antara industri pertanian dengan pengurusan sumber asli bagi memenuhi cabaran dan visi nasional untuk melonjakkan industri pertanian ke tahap yang lebih tinggi, dan pada masa yang sama memelihara sumber semula jadi yang tidak ternilai. Penulisan ini membincangkan isu dan masalah yang wujud seperti gangguan biodiversiti dan ekosistem dengan memberi fokus kepada kes Hutan Simpan Tasek Bera. Ia juga membincangkan perkara yang menyumbang kepada masalah dan secara umum mencadangkan strategi yang sesuai bagi mengekalkan dan memulihara khazanah negara yang tidak ternilai. Siri pemerhatian fizikal dan perbincangan dengan pihak-pihak berkepentingan telah dilakukan dalam usaha untuk mendapatkan maklumat yang penting dan masalah semasa yang wujud di kawasan itu.

Copyright 2012 ©
Economic and Technology Management Research Centre,
MARDI Headquarters, Persiaran MARDI- UPM, 43300 SERI KEMBANGAN,
SELANGOR, MALAYSIA
Best viewed in IE 8.0, Mozilla Firefox 3.0, Google Chrome version 9.0 & above